Satu Malam Langit Berbintang .

Assalamualaikum wrt . "lama tak nampak mana menghilang" . Sebenarnya tak menghilang mana pun ...cuma agak kesibukan juga la ... sekarang zaman berkerjaya 'sementara' .... zaman jadi student sepenuh masa lain ... okay aku sangat desperate nak jadi student . tanpa sedar , wei result SPM keluar Rabu ni 21 MAC . Rabu ni ! setelah tiga bulan , lagi 3 hari nak tunggu buat aku rasa nak gantung diri kat pokok taugeh . seriously ....Doakan aku yeeayyyy . Doakan keputusan aku baik , aku punya matlamat nak sambung belajar sangat-sangat .kalau aku dapat memang aku tak lepaskan peluang . Semoga segala dipermudahkan dan berjalan lancar .

Aku baru balik dari Pulau Langkawi ! jyeahh . itu motif utama aku menaip hari ni .. dengan gagah dan perkasa pergi cc waktu lunch dengan perut hanya beralaskan Captain Munch . hahah .

Pulau Langkawi .....apa ada kat sana .. ada macam-macam ... ada yg manis , pahit, sakit , kelakar , melegakan .... semua ada . Tapi seronok sebenarnya walaupun tak berapa nak seronok dasarnya ~
okay .aku malas lah nak tulis semua satu-persatu aku buat apa. pergi tandas ,makan , berak pukul berapa . aku tulis benda yg aku rasa perlu je lah yee . sebab kemalasan aku bertambah sejak dah sangat jarang menaip ni . dari blogger tegar dah jadi blogger tak berapa nak tegar plus pemalas ++ dengan ayat yg tunggang langgang mcm lori tomato terbalik .

Masa kat Pantai Chenang memang aku ingat nak tangkap gambar je .wei sumpah lawa gila pantai dia . Subhanallah . pasir putih tak sakit kaki pijak macam kat PD banyak batu je --" tetapi tetap kejadian Allah kan Subhanallah ..dengan main siput nya lagi . serius excited macam budak kecik tak pernah pergi pantai .

 
Ini yg berbasah kuyup ni rumah sebelah ni . leader ; Cikgu Shafezah . dengan senang hati dan gembiranya mereka berendam . best gila aku tengok . aku tengok jela . aku sebagai ketua kat rumah sebelah dah pakay dah malas nak mandi . heee .
mereka : Akak mandi tak .
Aku: dengan ini akak menyatakan akak sangatlah tak suka mandi laut . harap maklum so akak tak mandi . akak nak tangkap gambar dan main pasir je .
Mereka : kitorang pun tak nak mandi lah .
Dengan selamat dan gembiranya balik tanpa seorang pun kroni dalam rumah aku basah sebab mandi laut HEHEH .
Malam Kebudayaan ; nothing to say .kali ni terselamat dari persembahan memalukan . haha
Betapa awet mudanya aku .. macam budak sekolah kan kan ? HAHA banyak lagi sebenarnya gambar tapi takkan la aku nak sumbat semua bagi penuh blog ni .
Akhirnya naik cable car kali kedua . walaupun sebenarnya aku tak berapa berani je tapi aku takde lah gayat . rugi lah kalau tak naik kan . Gambar aku banyak dengan Hidayah ? tak dinafikan , sebab Hidayah je yg berkepit dengan aku . aku tangkap gambar dia , dia tangkap gambar aku . itu namanya give and take . kan kan . 
Bila cakap pasal Hidayah teringat Hidayati . dorang ni satu rumah , satu bilik dan satu katil dengan aku . dua-dua junior ...dan betapa kesiannya aku yg tua ni bila kena himpit .... okay rahsia bilik tidur tak boleh cerita kat orang HAHA .. itu belum datang si Hayati dalam bas memeluk aku dengan erat . katanya; macam peluk mak dia . okay itu kelakar okay .... sebab aku tidur dengan bantal peluk dah cukup . lepas tu aku jadi bantal peluk . haa memang aku sangat comel lah kan .

Jejaka hensem..sila bagi laluan . hahah . selalu lah mengingatkan diri 'junior lah wei ' ...ini nak cerita cerita kartun kat korang ni . 
Satu malam yg penuh bintang menghiasi dada langit ...aku duduk di atas kerusi dikelilingi oleh mereka ....dengan yakin dan pasti melihat 'lelaki' itu berjalan untuk mengayat awek kedah ...datang pula aku sebagai kakak  yang sangat peyayang dan memahami .... nak bagi sokongan la konon ni . 
dengan muka dan gaya yakin macam orang nak berdebat . 
tangan mula bertepuk dan mulut menyebut AjizAjijAjiz ..
tiba-tiba.....lelaki itu berpusing dan berpaling ke arah aku 360 darjah ..
"Siapa bagi tahu akak"
Aku dengan muka yg tak bersalah "tahu apa?"
Mereka dibelakang sudah mula mengajukan soalan"Mana akak tahu?"
Aku masih lagi keliru bertambah lagi kerutan dimuka . "Tahu apa?"
dan terserlah kesengalan aku ...
"Ajiz tu nama bapak dia la kak" 
"haaaa...laaa yekeee mana akak tahu .akak dengan korang panggil 'JizJizz' akak ingat nama dia Ajiz la..habis nama dia siapa ?"
"MILI"
"ouhhh . MIli sorry akak tak tahu "
Amili dengan muka selamber "takpetakpe"
Fauzi dengan muka hensem "panggil je kak dia suka" 
dan terhamburlah ketawa sampai masuk dalam bilik tengah malam tu bersama junior aku .HAHAHA
Izzat !!! yaa Izzat curang kuang ajak !hahah tak lah wei yang kanan tu awek dia dan ini membuktikan semua fitnah dan gossip bohong belaka. Saya dan Izzat memang takde apa-apa selain hubungan kakak dan ADIK !
Ini lah kroni saya ni . HAHA makan maggi pukul 2 pagi . kena himpit masa tidur ... lagi diserikan dengan 3Lampi dan aku yg sengal ni sebagai kaka paling tua memang kental habis la wa cakap lu :DD
My crying shoulder and My loudest laugh . lovelove .
dan berakhirlah scene bajet Tonic 3D  aku ..dengan pening kepala atas ferry dan balik tidur dalam bas . sampai KL coklat Daim satu hilang ! weih siapa curi ? kurang ajaq la .kalau aku mati kempunan makan Daim siap la .....


Kalau saya ada kuasa superhero, saya nak kuasa yg boleh selamatkan persahabatan dan silaturahim yg goyah atau putus-SuperMida :)
Memories live forever in our heart .


*you are already exceed lunch time . balik tempat kerja sekarang . kbai . HAHA

Comments

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016