Boleh Tak Awak Jadi Imam Muda Saya?

Assalamualaikum ya ukhti ya akhi :) 

Nak dengar satu cerita ?? Dekat rumah saya ni ada tinggal seorang 'pak cik' yang tak berapa tua dan tak pula nak berapa muda masih sekitar 20-an . Muka boleh tahan ada tahi lalat . Perangai POYO tahap tak tahu nak cakap . Gelaran ustaz? pakai seluar pendek , boleh timbang tara sebab dekat rumah aje . Kerja jabatan agama . Graduate kolej agama. Alhamdulillah agamanya ?? AKU REDHA . Akhlaknya?? Kami tak pernah bertegur sapa , malangnya saya taklah syok kat dia letihnya bertambah malang setiap kali ibu ayah cerita keluar nama dia . tambah lagi nanah telinga adik-adik , nenek pun cerita pasal dia ?? apa ni ? Bukan nak buruk sangka , nabi ajar kata supaya bersangka baik , bila nak cakap buruk je pasal dia .....Ibu keluar benda baik . macam mana ni macam mana .dia tu tak lah sempurna . Satu kelemahan dah jumpa , eh tak baik gelakkan . Bukan nak gelak tapi kalau semua pandang kelebihan dia , puji dia , macam mana perasaan wanita saya . mudah terusik la gamaknya . berhenti la .Macam mana nak mengelak kalau duduk depan rumah , macam mana nak lari kalau makan asyik sama . Ni yang nak nangis ni . Macam mana tak syok sendiri kalau semua duk puji . Kesian la kat saya .kesian la . Saya budak sekolah lagi . memang dah cukup umur tapi janganlah . 

Demi untuk segala cita-cita . Ingin menjadi naqibah yang berjaya . Jadi saya mohon setiap doa, agar dikuatkan hati , tabahkan hati malah ditambah perisai bom cili , bawang semua nya macam dalam plants vs zombies untuk melindungi rumah hati dan cinta dari diserang zombie .syuhhh sana .tak kisah la hang tu zombi pakai tangga ,kepala ada baldi , bawa budak kecik , jentera , michael jackson , hahhhh nyah kau dengan benteng doa dan kekuatan dan azam . Ya Allah ,Kaulah sebaik-baik pelindung , sebaik-baik penolong . Kau Yang Maha Tahu Terbaik untukku , ku serahkan segalanya padaMU . Aku sedang berusaha menjadi yang terbaik padaMU ya Allah SWT , janganlah Kau persulitkanya , permudahkanlah jalanku ... Aku takut akan azab siksaMu . Maka tunjukkanlah aku jalan yang terbaik :) Inna solati wanusuki wa mahyahya wa mamati lillahirabbilalamin ,Sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan Sekalian Alam .

Guys , btw LET'S PRAY FOR GAZA ! Doa itu senjata orang mukmin . Ya Allah Kau berilah bantuan kepada hambaMu yang berjuang di jalanMu . Sesungguhnya hanya kepadaMu kami Menyembah dan hanya kepadaMu kami meminta pertolongan . Bantulah kami Ya Allah . Demi AgamaMu .

Let's meet . At Masjid Saad Abi Waqqas Gombak . Tautan Hati 2 bersama Ustazah Fatimah Syarha . Selasa 20November 2012 Lepas Isyak :) 

'Iaitu jalan mereka yang Kau kurniakan , dan bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat' Surah Al-Fatihah ayat 7 :) 

Comments

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH