Anything For You.

Telefon masih di tangan. Setelah bertahun Joan delete nombor Raziq. Malam ni, entah kenapa malam ni digagahkan hati dengan segala kekuatan untuk mendail nombor lelaki itu.
Panggilan disambut.
"Hello"
"Hello. Raz?"
"Ya. Siapa tu?"
"Joan, Joanna"
"Gosh, how I miss this girl" suara yang boleh digambarkan riak senyumnya.
Joan tersenyum. Di bening mata ada air yang bertakung.

"Raz" hanya itu yang mampu disebut Joan. Lidahnya kelu. Terlalu lama, terlalu lama tidak mendengar suara yang satu itu. Suara yang sering menjadi pendengar segala keluh resahnya, segala late night thinking seorang yang bernama Joanna.
"Yes Joan, I'm here."
"I miss you"
"I miss you too"
"Hows life treating you Raz? hows life?" Joan berjeda. Tergelak kecil dan menyambung soalannya dengan pernyataan "I miss asking that question to you"

Raz tergelak kecil. Menyambut rasa yang sama. Rasa seperti baru semalam mereka bertukar cerita tentang hari-hari mereka.
"Like always Joan. You know me right. Life always treating me good" nada yang sangat dikenali Joan. Nada penuh misteri menyembunyikan segala hakikat sebaliknya.
"Always good aite? you never change a bit Raz. I always hope the best for you, you know? I always want you to be happy" hakikat yang tak pernah mampu disembunyikan Joan. Dia hanya mahu melihat lelaki itu bahagia.
"And you will always be you. How bout you Joan? Siapa yang buat you sampai you berani betul call I . You wouldn't call me if there is nothing important or hurt you so bad?" Benar. Joan takkan pernah call atau text seorang Raziq hanya kerana perkara kecil. Hanya kerana keadaan terlalu menyesak, hanya Raziq. Raziq yang akan selalu mendengar.

"Raz, sorry." Esaknya ditahan.
"Why?"
"I've promised I will always be there for you but eventually I leave like everyone else. I leave you alone. I never be there. I'm sorry"
"Apa ni Joan" nada memujuk "you know that you will always be there for me and always have me"
Joan terdiam.
"It hurts Raz. I know you understand. does it hurt Raz? Does it hurt seeing someone you love,  love someone else. Seeing someone that always mean the world to you suddenly holding someone else in their arms ?"
Lama panggilan telefon tersebut sunyi hanya kedengaran bunyi nafas dari keduanya.

Perlahan Raz menjawab "It does Joan. It hurts when someone that always be with you. Someone that once mean the world to you suddenly love someone else. Just imagine. The feeling you get, just imagine this; Orang yang selalu bersama kita dalam apa keadaan, susah senang, layan kerenah kita. Orang yang gelak ketawa, yang kita lihat impiannya, yang kita dengar celotehnya. Kemudian, satu hari dia bukan di sebelah kita lagi. But we need to move on. I did. She did. I'm okay."
"I'm sorry for you"
"Don't be Joan. It's not your fault. Kenapa you selalu letakkan kesalahan dekat diri you terhadap apa yang jadi pada I walaupun takde kena mengena dengan you? You did nothing that hurt me Joan"
"I just...want you to be happy"
"Listening to your voice. Seeing you living your life so good, seeing you smile it's good enough for me Joan. Be happy Joan. Don't think too much about me. You deserve to be happy too. Ramai orang yang nak you happy Joan. I'm one of them"

"Raz, I want to cry" tangisannya ditahan.
"You nak period ke apa?" pecah gelak mereka berdua disela esak tangisan Joan.
"No lah"
"Cry Joan, I'm here to wipe your eyes"
"Raz..."
"Yes Joan."
"Boleh saya tuju lagu?"
Mereka berdua tersenyum dihujung talian.
"Anything for you Joan. Anything"

Joan perlahan berbisik kepada dirinya " I wish I have enough courage to dial his number. I wish I had"

Comments

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016