Jangan Terlalu
Ada satu kata aku pegang suatu masa dahulu berbunyi " Jangan terbang tinggi sangat kalau jatuh sakit"
Hari ini aku berpegang kuat pada kata-kata ini "Sukalah seadanya, benci seadanya. Jangan terlalu suka, nanti jatuh benci. Jangan terlalu benci, nanti jatuh suka" Deep bukan? Aku pun ambil masa yang lama tenung skrin cuba hadam maksud tersurat dan tersirat.
*Gambar hiasan |
Mungkin juga berpijak dibumi nyata, berjalan beriringan itu lebih membahagiakan. Melalui onak duri, jalan berliku, sakit susah senang bersama. Walau apapun di depan, kita lalui bersama jalan beriringan. Jangan sampai terpisah kerana katanya "Aku bahagia begini". Tak perlu kita terbang tinggi hingga ke awan sana jika akhirnya kita jatuh dan terpisah sakit sendiri-sendiri.
Comments