Jangan Terlalu


Ada satu kata aku pegang suatu masa dahulu berbunyi " Jangan terbang tinggi sangat kalau jatuh sakit"

Hari ini aku berpegang kuat pada kata-kata ini "Sukalah seadanya, benci seadanya. Jangan terlalu suka, nanti jatuh benci. Jangan terlalu benci, nanti jatuh suka" Deep bukan? Aku pun ambil masa yang lama tenung skrin cuba hadam maksud tersurat dan tersirat.


*Gambar hiasan
Ada masanya manusia bukannya takut untuk terbang tinggi dan mengambil risiko jatuh dan merasa sakit. Tetapi lebih selesa memilih untuk berjalan dan berpijak di bumi yang nyata dan menikmati rasa bahagia.

Mungkin juga berpijak dibumi nyata, berjalan beriringan itu lebih membahagiakan. Melalui onak duri, jalan berliku, sakit susah senang bersama. Walau apapun di depan, kita lalui bersama jalan beriringan. Jangan sampai terpisah kerana katanya "Aku bahagia begini". Tak perlu kita terbang tinggi hingga ke awan sana jika akhirnya kita jatuh dan terpisah sakit sendiri-sendiri. 

Comments

Unknown said…
Hi Asmi, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016