Posts

Showing posts from April, 2016

Review: Semusim Di Neraka

Image
Semusim Di Neraka oleh Hamka Kereta Mayat terbitan Terfaktab. Berbeza dari buku-buku sebelum ni, ini kira buku Terfaktab yang pertama aku habis baca. Aku ada November dengan Deifnisi Cinta Infiniti rasanya tapi baca sikit je, lepas stop tak sambung da. Nanti kalau rajin aku sambung, buat masa ni tak berapa nak rajin baca genre gitu. Busy, busy minggu-minggu assignment nak kena hantar dan presentation. Jadi, kalau secara jayanya aku dapat habiskan baca sebuah buku maknanya buku tu sangat menarik sampai aku cari inisiatif untuk habiskan juga baca.  Secara keseluruhan sebenarnya buku ni bagi aku tarbiah dan satu kesan yang cukup mendalam. Tambah knowledge aku juga buat aku muhasabah diri balik. Banyak juga perkara aku belajar dan lihat dalam buku ni. Aku suka cara Hamka Kereta Mayat sampaikan. Aku beli buku ni secara random sebenarnya tanpa tahu pun pasal Hamka Kereta Mayat atau buku yang ditulis sebelumnya. Mungkin aku pernah tengok tapi rasanya macam cover baru ni. Rupany...

Review: KACAU

Image
KACAU tulisan Ariff Adly terbitan Buku Fixi. Buku Fixi seterusnya yang aku acah power nak review ialah Kacau. Sebenarnya aku bukannya manusia yang suka sangat baca cerita genre seram kalau dia tak cukup mengklasifikasikan seram tu sebagai seram realiti dan mampu terjadi bukan fantasi. Tak faham? Takpe biar aku faham sorang. Buku ni rasanya da lama da diterbitkan, rasalah. Tapi sebab aku bukan jenis yang buku keluar je beli, tapi bila ada duit lebih, ada rasa nak beli baru beli atau pinjam jadi lambat lah sikit. Jadi kalau korang da baca buku ni takpela, abaikan.  Kisah buku ni boleh tahan power la. Aku suka tema persahabatan yang ada dalam ni. Buat aku ingat member aku bila baca. Persahabatan yang ada juga bagi buku ni jadi sedih, selain tema utama dia seram. Seram dia seram kira power la bila Ariff Adly letak setiap misteri untuk diselesaikan satu demi satu. Aku punya teruja cerita pasal buku ni dekat adik aku, Amin yang umur 9 tahun tu. Tiba-tiba dia nak baca, aku bagi...

Cerita Nasi Kandaq #NasiKandarApollo

Image
Greetings everybody. Sekarang ni macam rajin nak update walaupun benda remeh macam ni sebab...sebab rajinla. Itu je. Nak kata banyak masa terluang tak juga. Tapi sebab rajin. Ha, rajinla. Phew.  Hari Selasa, 10pagi-12 biasa kelas Geologi. Okay da gerak pergi kelas. Sampai pukul 10, lepak dalam setengah jam lecturer tak masuk kelas lagi. Ini tanda awal kelas batal ni, dan dan tu classmate kata lecturer email kelas batal pukul 10 sat tadi. Apa lagi gerak lu paper roger la.  Aku ingat satu je MAKAN. Memandangkan kelas takde ada masa free 1 jam setengah. Takkan nak balik terus makan kat kafe. Bosan betul. Jadi, aku pun mengambil keputusan tunggu bas dan bergerak ke Wisma Unikeb. Turun je bawah tu nampak satu kedai besaq punya banner tulis Nasi Kandaq. Haih, macam tau-tau ja teringin. Tapi air nampak air standard biasa, niat mula nak datang sini nak pergi minum air Lai Chi Kang semangkuk dua kupang. Entah kenapa macam-macam pula tekak aku ni nak. Sebab tengok gambar dengan t...

Hasil Kerja : Kejohanan Badminton Piala Pengetua 2016

Image
Hello! Tetiba rasa macam nak share what I've been learned and doing at collage. Sebenarnya da tahun kedua da buat semua benda ni, ada kot draft cerita how I started tapi tak post sebab tak habis tulis dan takde feeling nak sambung tulis. Wifi connection pun tak bagi support je.  Masa tahun satu lagi banyak poster aku buat, almost 21++ tak termasuk bunting dan banner. Sekarang da tahun dua(sem dua da pun) masa masuk sem lagi da dapat offer jawatan Publisiti. Out of three I only choose two, satu je publisiti kat kolej. Lagi satu kelab, jadi eksekutif program dan untuk program kat fakulti dapat juga jawatan publisiti but then, bila kena sort out masuk dinner jadi eksekutif tugas-tugas khas dengan cenderamata. Okayla okayla. Untuk kolej bawah Sekretariat Sukan&Rekreasi ada dua event Kejohanan Badminton Piala Pengetua dan  Kejohanan Badminton Piala Tun Dr. Siti Hasmah 2016. Jadi tak nak cerita banyak, Ini hasil kerja aku untuk Kejohanan Badminton Piala Pengetua 20...

Little Note : Rezeki dan Sedekah

Rezeki dan Sedekah. Rezeki. Kau rasa rezeki itu hanya harta, wang ringgit, makan sedap dan segala benda materialistik saja ka? Bagi aku rezeki lebih daripada perkara-perkara materialistik yang kau boleh nilai dengan mata. Sedekah. Ada masa kau ragu-ragu. Betul ke orang yang aku nak bagi duit ni betul takde duit atau sekadar agensi yang cuba ambil kesempatan atas rasa empati dan simpati rakyat Malaysia yang tinggi. Ada pula masa yang kau rasa, bagi jelah. RM 1 je.  Atau masa yang "Jom kita beli makanan bagi kat orang" Dan ada pula "Takpela hari ni aku belanja" Tanpa kita sedar, sedekah-sedekah kecil kita itu yang menolong kita dengan urusa-urusan dunia. Baru dunia belum sampai akhirat.  Sedekah-sedekah kecil yang kita beri kerana tidak mengharap apa-apa dan kerana Allah SWT semata yang menyelamatkan kita dari sekecil sehingga sebesar bencana.  Mungkin, kerana duit  yang kau sedekah RM 1 pada mak cik buta yang datang meja kau waktu ma...

Preview: LAKNAT

Image
LAKNAT oleh Fahmi Mustaffa terbitan BUKU FIXI. Laknat sebenarnya telah di recommend kan oleh coursemate aku, Syazwi. Dia kata buku tu interesting untuk bakal ahli psikologi macam kitorang since banyak term psikologi so aku pun belilah buku tu sejurus dapat BB1M.  Kandungan buku sangat padat dan sarat. Penuh dengan informasi yang memerlukan pembaca yang berfikiran matang dan sangat terbuka. Jalan cerita yang sentiasa disertai maksud. Pada mulanya, akan pening la, tapi akhirnya kau akan figure it out satu demi satu perkara. Aku banyak juga debate atau having a deep conversations pasal LGBT(Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender) dengan member-member. Well I never been teached to judge them, sekarang bila aku direzekikan dengan mengambil ijazah dalam kursus Psikologi it makes me realize more that, this is our job and responsibilities to help people like them and our community need to be educated about Psychology. Semalam pun masa buka web APA(America Psychology Associat...

Review : Budak Hostel Otaknya Sewel & QISAS

Image
Budak Hostel Otaknya Sewel(BHOS) tulisan Hasrul Rizwan (Mat Gorn) terbitan Dubook Press. Aku baca novel ni mulanya dekat Wattpad, tapi tengah part sedap kena potong pula. Hasrul Rizwan kata dia akan terbitkan buku, jadi memandangkan BB1M pun tak lama lagi (masa tu lah bulan Mac macam tu) nak keluar, aku pun tunggu, list terus buku pertama nak beli BHOS nak tahu ending dia macam mana. And yeah I got it. Hari dapat BB1M tu aku terus pergi beli. Power tak power nak tahu ending cerita ni macam mana. What makes me interested to read this book? Sebab ada Adam dan Akhil. Jeng jeng jeng. Ini kira Mat Gorn tulis zaman depa sekolah lah. Lepas tu dah la funeh. Mat Gorn tulis kan. Macam bengong-bengong sikit kalau baca boleh gelak sendiri. Mat Gorn punya jalan cerita biasalah power. Plot twist dia boleh tahan juga. Ini membuatkan beliau menjadi salah seorang penulis kegemaran aku selepas Hlovate, dan Nami. Mungkin lepas ni aku target nak beli buku Bercakap Dengan Jun pula. Ada sat...