Little Note : Rezeki dan Sedekah

Rezeki dan Sedekah.

Rezeki.
Kau rasa rezeki itu hanya harta, wang ringgit, makan sedap dan segala benda materialistik saja ka?
Bagi aku rezeki lebih daripada perkara-perkara materialistik yang kau boleh nilai dengan mata.

Sedekah.
Ada masa kau ragu-ragu. Betul ke orang yang aku nak bagi duit ni betul takde duit atau sekadar agensi yang cuba ambil kesempatan atas rasa empati dan simpati rakyat Malaysia yang tinggi.
Ada pula masa yang kau rasa, bagi jelah. RM 1 je. 
Atau masa yang "Jom kita beli makanan bagi kat orang"
Dan ada pula "Takpela hari ni aku belanja"

Tanpa kita sedar, sedekah-sedekah kecil kita itu yang menolong kita dengan urusa-urusan dunia. Baru dunia belum sampai akhirat. 
Sedekah-sedekah kecil yang kita beri kerana tidak mengharap apa-apa dan kerana Allah SWT semata yang menyelamatkan kita dari sekecil sehingga sebesar bencana. 


Mungkin,
kerana duit  yang kau sedekah RM 1 pada mak cik buta yang datang meja kau waktu makan di mamak itu, duit RM 1 itu yang menjumpakan kembali dompet dan barangan kau yang hilang.
Mungkin juga, 
kerana nasi bungkus yang kau beli dan sedekah pada mak cik yang duduk atas kerusi roda di tengah sesak Masjid Jamek itu, itu yang menyelamatkan kau daripada kemalangan tempoh hari. 
Mungkin, kerana RM 25 yang kau keluarkan tempoh hari untuk membeli donut big apple dan diberi untuk seisi keluarga kau makan, mungkin kerana itu yang membantu kau dapat ilham ketika menjawab soalan peperiksaan kelmarin. 

Dan mungkin, 
Kerana sifat kau yang tak pernah berkira, pada kawan-kawan hanya kerana belanja air RM 1 dan RM 2 , mungkin kerana itu Tuhan selalu hantarkan pertolongan dan ringankan beban urusan duniawi kau. 

Mungkin. 

Jangan pernah pandang rendah pada pahala sedekah dan rezeki yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang mampu beri pada kau hanya kerana20 sen yang kau sumbang dalam tabung masjid.
Jangan pernah mengharap balasan besar tapi cukuplah sekadar kerana Allah SWT. 
Cukuplah, kau memberi kerana kau mahu bahagia. Cukuplah bahagia yang kau peroleh kerana RM10 kau belanja kawan kau tadi buat dia tersenyum kerana dalam dompetnya hanya tinggal RM 5 cukup untuk belanja makan esok.
Biarlah hanya tangan kanan yang mengetahui. 
Cukuplah hanya sekadar mahu lihat senyum bahagia manusia lain kerana sifat pemurah kau dan doa yang baik-baik yang mungkin nilainya kecil dimata kau hari ini, tapi mungkin itulah yang mampu menyelamatkan dari azab kubur dan azab api neraka di akhirat nanti. 

Mana tahu?
Mungkin. 
Kerana Allah SWT berjanji, biar sekecil zarah kebaikan atau kejahatan akan dibalas. Kerana kau tahukan, Dia Maha Melihat dan tiada satu pun tersembunyi dari pengetahuanNya. 

Sudah. Sudahlah berkira. Kerana hakikat di dunia sementara. Cukuplah sekadar cukup maka kau akan rasa bahagia. 

Moga bahagia dengan rahmatNya buat insan-insan mulia dan pemurah hatinya.

Comments

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016