Tentang #Adiwiraku & Guru
Dah lama tak tulis tentang pandangan dan fikiran peribadi ni. Aku cakap kat diri aku kalau kau nak rant panjang-panjang, tulis proper, post dekat blog bukan buat thread kat twitter. Semak je. So, walaupun bersiri-siri penanguhan, aku berjaya juga luangkan masa yang ada ni untuk meluahkan inner thought aku.
Pernah dengar tentang filem Adiwiraku? Ini trailer cerita Adiwiraku.
Filem adaptasi dari sebuah kisah benar. Mungkin post ini berbentuk ulasan tapi lebih kepada apa yang aku dapat dan nak kongsikan dari filem ini.
Tak ramai yang menonton cerita ini dipanggung wayang gambar, aku pun nasib baik juga dapat tengok. Kalau showtime tu takde orang booking so tak dapatlah tengok. I'm dying to watch this movie.
Filem ni sangat pure. Pelakonnya adalah pelajar sebenar dari SMK Pinang Tunggal. Ada lawak, ada sedih, Berair mata aku, tapi masih berlagak tuff dengan pakwe kat sebelah.
Masa aku tengok movie ni banyak mengingatkan aku tentang pengalaman aku sebagai guru ganti sementara di SMK Gombak Setia walaupun hanya untuk sebulan.Mungkin tak sampai sebulan. Aku dapat peluang dan rezeki mengajar pelajar tingkatan dua dan tingkatan satu mata pelajaran Bahasa Melayu. Mula-mula takut juga, tapi kita takkan tahu kalau kita tak cuba. Aku cuba sebaik mungkin menjadi seorang guru yang disenangi dan dihormati. Aku dapat mengajar kelas tingkatan dari kelas yg pertama, pertengahan dan akhir. Apa yang aku belajar di universiti sangat membantu aku menjadi guru untuk memahami perkembangan remaja sebenarnya. Aku susah nak aplikasi pada keluarga dan orang yang aku sayang tapi aku cuba aplikasi di sekolah. Aku masih ingat hari pertama aku mengajar, aku dapat kelas yang terakhir dalam tingkatan dua. SMK Gombak Setia terdiri daripada variasi pelajar berbeza latar belakang. Pada mulanya sebenarnya aku tak tahu pun yang aku akan masuk kelas terakhir dalam tingkatan, kemudian baru aku nampak perbezaan. Secara tak langsung aku dapat mengimbas kembali seorang aku 9 tahun yang lalu pertama kali menjejakkan kai ke SMK Gombak Setia. Aku masuk kelas 2 Baiduri dengan semanis senyuman yang boleh. Aku kenalkan diri dan macam biasa, aku minta mereka perkenalkan diri mereka dan aku tanya tentang cita-cita mereka. Nampak klise kan? tapi aku ada sebab dan rasionalnya kenapa aku tanya soalan klise tu. Kebanyakan pelajar lelaki akan jawab, pemain bola sepak dan pelajar perempuan tak tahu. Ini membuktikan mereka berada pada tahap identiti krisis. Tapi akhir perkenalan, apa yg aku sampaikan pada mereka ialah, tak kisah la kedudukan kelas mereka di mana, apapun mereka mahu jadi, walaupun ahli sukan atau tukang sapu sampah sekalipun, aku pesan pada mereka untuk capai apa mereka mahu, buktikan mereka boleh. Tiada pekerjaan yang salah atau tidak baik selagi ianya halal dan menyumbang kembali kepada masyarakat bukanlah sekadar menjadi doktor sahaja maka mereka berjaya. Bukan itusahaja ukuran berjayanya seseorang dalam hidup.
Ternyata aku mendapat jawapan yang berbeza dari pelajar tingkatan yang sama tapi dari kelas pertama. Aku tahu mereka sebenarnya struggle dengan identiti mereka. Tapi tak mengapa, masa aku di sini sebulan aku harap aku dapat belajar apa yang aku perlu. Kalau cikgu Cheryl dalam ni bagi anak murid dia sticker, aku kena beli coklat untuk anak-anak murid aku. Aku dapat kesan, ada yang hyper, pelajar kelas terakhir nak bawa buku memang liat, jadi aku kena buat salinan kertas dan bagi panduan mereka untuk jawab soalan. Aku ajar perkara paling asas. Aku main game dengan mereka, memang seronok, satu masa kami belajar guna buku satu masa lagi kami buat aktiviti. Kelas 1 Delima adalah kelas paling susah nak disenyapkan, kena bagi ganjaran, kena bercerita baru mereka duduk diam. Tapi mereka baru tingkatan 1 ada banyak perkara lain perlu ditekankan dan diajar. Banyak pekara mereka ingin tahu tapi tiada siapa nak ditanya dan beritahu mereka.
Aku ajar mereka untuk hormat guru walau macam mana malas pun mereka. Guru itu perlu kita hormati. Aku sayang mereka tapi aku takut attachment, macam biasala. Hari terakhir nak tinggalkan sekolah pun rasa nak nangis. Sampai sekarang kalau pergi sekolah ada yang jerit panggil cikguuu. Satu perasaan yang tak dapat digambarkan setiap kali aku ke sekolah dan pelajar bagi salam "Assalamualaikum cikgu".... perasaan yang serta-merta akan buatkan aku senyum.
Apapun keadaan mereka, aku tahu satu hari nanti mereka mampu jadi manusia berguna. Aku dah lihat ramai rakan sebaya aku yang dahulunya dipandang seperti tidak punyai masa depan dan kini punya kehidupan yang baik-baik.
Terima kasih untuk sebuah pengalaman yang takkan aku lupakan. Jika diberi peluang lagi, mungkin aku akan jadi cikgu mungkin tidak. But I am happy to give so much to the society and community even orang tak nampak pun.
Comments