Posts

Ilham.

Ilham tu macam air.  kalau datang mencurah, kena tadah. jangan bagi hilang. tapi  kalau kering kontang. macam kat padang pasir tak tahu mana nak cari air.  Ilham tu datang tiba-tiba tanpa diduga atau dipinta. dia datang je bila dia nak. jadi tangkap ia jangan bagi hilang. sebab kalau hilang. terus hilang tanpa tanda.

Older Post

'older post, scroll.' 'older post,scrolllllllll.' pahal entri aku semua panjang kalah esei pengajian am '__' korang baca ke. ke  aku cakap sensorang. 

Profil. Penuh Makna.

Image
ini profile kat Instagram. saya ada 8 orang adik-beradik. Saya kakak sulung.  bukan senang jadi kakak. yang sulung. kena kuat kena teguh kena sabar kena tegas kena pandai. kena jadi contoh.  lagi-lagi untuk 7 orang adik.  4 lelaki 3 perempuan.  untuk Ibu Ayah.  segalanya akan tengok Kakak.  segalanya orang akan tanya Kakak. segalanya orang akan salahkan Kakak.  sebab semua Kakak yang kena bertanggungjawab.  Kalau Ibu Ayah takde siapa kena ambil alih? Kakak.  -- yang bercita-cita tinggi untuk belajar sampai ke Tanah Scotland. Tanah yang terletak di Eropah jauh nun sana di United Kingdom.  sebenarnya mana-mana daerah, pulau atau negeri di United Kingdom itu saya tak kisah.  samaada.di-Aberdeen,Glasgow,Edinburgh, Newcastle,Leeds,Manchester,Liverpool,Sheffiel,Nottingham,Norwich,Leicester,Birmingham,Convetry,Ipswich,Oxford,Reading,Swansea,Cardiff,London,Bristol,Southampton,Brighton. atau Plymouth,B...

Cerita Syawal.

Image
Salam. Yoo wasup everyone. *Sesiapa jela yang baca. yang dengan niat nak stalk atau betul prihatin atau sekadar membuang masa surfing internet. Hai.  Kita dalam musim raya.  Kool. Raya keempat dah.  Rasanya belum terlambat nak ucap. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.MAAF ZAHIR BATIN. Saya di sini dengan hati yang tulus dan ikhlas ingin memohon maaf kepada anda semua.  Jika terlalu jujur dalam berkata-kata, terlampau tajam bahasa masa menulis, terlempang, lepuk,  peluk, cium tanpa rela. Termarah sebab PMS. Tersepak, terjerit sampai telinga pekak. Segala benda yang buat anda terasa. Maafkanlah yee.  Tak guna pun kita simpan dendam benci dengan orang. Hidup ini terlalu singkat untuk benci orang.  Jangan cepat sangat percaya rumours. Tak baik kalau tak sambut tangan orang yang nak bersalam. Dosa.Upss. Dan tak rendah pun martabat kita kalau memaafkan dan meminta maaf pada orang lain .  -- Here goes my Syawal story.  ...

Cerpen: Saja Cuba-cuba :)

Aku melangkahkan kaki selaju mungkin. Sebab awan nampak berarak kelabu. Petir berdentum. Dulu, aku selalu takut hujan. Bila hujan kita mengeluh, bila hujan je kita merungut. Lagi-lagi budak sekolah. Kita risau baju basah, kasut basah, buku basah. Kita lupa hujan itu rahmat. Selepas hujanlah tumbuh pelbagai flora. Kerana hujan itu dunia ini dipenuhi warna. Kini, selepas memahami hujan. Aku hanya mampu berdoa, agar urusan dipermudahkan dan hujan yang turun ini membawa rahmat. Ceh, ayat sangat falsafah. Sampai saja di bank, aku terus tekan nombor. Tapi hari ni ajaib, atau hari bertuah? Selalu hari Isnin ramai orang. Ini kosong. Mudah urusan. Alhamdulillah.  Lihat jam. Eh, awal lagi.  Singgah MPH.   Aku nak cari satu majalah ni, majalah Dewan Kosmik. Tapi tiada. Dah berapa kedai aku cari. Memang majalah ni tak jual kat pasaran ke apa? Okay. Setelah agak penat bermain explorace ,aku berputus asa. Aku melangkah ke sudut yang terletak buku FIXI dari rak atas samp...

3 Wishes

Main truth or dare. Soalan truth berbunyi yang memerlukan jawapan kepada apakah 3 permintaan aku. 1. I want to die before everyone I love dies. (moga dalam husnul khotimah. susulan kepada soalan My worst fear: Hilang orang yang aku sayang) 2. Make everyone that I love happy. (semua. Semua yang aku sayang terutama ibu ayah) 3. Travell all around the world. (melihat kebesaran Allah SWT. belajar dan belajar)

Review: MURTAD

Image
Salam folks. Ini review buku kedua. Novel kedua yang aku review.( Konon macam expert) ialah novel MURTAD tulisan Hasrul Rizwan terbitan FIXI. Buku ni pula gua beli kat MPH dengan lagi 2buku iaitu HEROIN dan Kopi-ah. sebelum tu aku nak cakap yang buku FIXI kool. Tajuk dia cuma guna satu perkataan je. Tapi aku masih belum beli SUMBAT walaupun cover macaroons yang berwarna-warni tu sangat tempting. Mungkin sebab takut terliur bila baca jadi hajat tu ditunda dulu. Berdasarkan tajuk hampa rasa MURTAD ni cerita pasai apa?(saja guna loghat Kedah ambik mood) Cerita tentang si kembar hensem Adam dan Akhil yang kerja mereka membunuh orang yang MURTAD. Mereka di upah oleh Mr.T yang mereka tak pernah kenal. Mereka dapat duduk kat rumah besaq dan pakai kereta besaq. Bahasa yang digunakan best, dan perbualan antara Adam dan Akhil lagi lah best. Dalam loghat Kedah. Mereka kembar seiras berasal dari Kedah. Cerita mereka bermula bila mereka datang ke kota raya Kuala Lumpur seperti anak ...