Saya seorang yg MULTI PURPOSE . .

Sejak entri yang lepas . . saya menjadi seorang yg sangat sibuk dan multi purpose . . . secara jujurnya . . saya memang la sangat bersungguh-sungguh untuk meraih kejayaan . dalam kelas mmg 110% fokus . tapi kepenatan membuatkan . . .keterbatasan dalam beberapa perkara . . mind telah set supaya menumpukan sepenuh 200% tumpuan terhadap pelajaran setelah selesai segala urusan ini . .bermakna minggu depan la . . Jadi berilah semangat kat saya yee . agar dapat mencapai cita-cita saya yg menggunung tu . .

Dan minggu lepas , sangat sibuk dengan aktiviti koperasi . .bukan pelancongan tetapi Hari Koperasi Sekolah . . .

Mula dengan perasmian . . .Cik Mida telah diamanahkan untuk menjadi ketua untuk persiapan pentas pada hari tersebut . . Pentas yg bertemakan 1Malaysia . .dan tema hari koperasi pula1 UNTUK SEMUA, SEMUA UNTUK 1. . jadi berdasarkan tema yg ada dan barang yg telah dibeli dengan Cikgu Pijah dan Atikah . . .inilah sikit rupanya kan . .


dan ini adalah kolam yg dihasilkan oleh KAMI yee .KAMI . . sangat berkerjasama .. . bau dia mula-mula mmg tak boleh tahan .dah lama-lama dah okay . .mula-mula kitorang wonder juga mcm mana rupanya kan . akhir sekali . . kalau tengok dari jauh mmg lawa . . . tapi bila tengok dekat-dekat . .comot mcm sayaa .hee


Ini lah tempat pameran kami . . dengan kekreatifan yg ada Cikgu Pijah siapa buat pelamin lagi tahu . . . ini gambar PKS . . .
esoknya ada SUKANEKA pulak . . best join budak-budak form 1 ni semuanya comel-comel . .
time tu jugak ada pertandingan FUTSAL . .BAKAT SMKGS ni . .aku nak join dan sebenarnya ramai suruh aku join tapi persoalan yg aku tak tahu nak jawab 'apa bakat aku' . hahah . .
dan hari yg sama aku join kursus FOTOGRAFI yg best dan buat aku belajar better skill untuk tangkap gambar . . .*dan 'junior hot' kat situ .heheheh

Masa yg ditunggu-tunggu KARNIVAL JUALAN KOPERASI . .memang superb ahh .tak expect sambutan dia gila meriah . . .dan the best part is aku orang pertama yg datang sekolah hari jadah apa aku pun tak tahu . . aku ingat dorang ye ye la nak datang awal . . last-last aku yg terlebih awal . . serius penat gila hari tu dah petang aku dah gila tak larat sampai tidur terus dalam pejabat koperasi . .haaa. .

inilah gambar time nak masuk rumah hantu . . jap aku kat belakang tuuu dengan geng adik-adik PKS aku . . haa , serius masuk dalam gelak-gelak . . sebab apa , sebab hantu tu semua budak PKS juga .well know sangat lah kan sebab geng kitorang . . lagipun , rumah hantu ni pun jalan nya kitorang yg buat mula-mula . .cuma last-last tu je kitorang tak take part sebab banyak kerja lain nak buat .

Hari yg sama aku karaoke 2 lagu untuk budak-budak PKS . . dan sejak tu tiba-tiba ramai pula budak SMKGS add aku kat FB dan antara sebab lain . . aku juga yg jadi pe'annoucer' dan pe'promoting' gerai-gerai hari tu kat pentas dataran tu . . .
Kejayaan yg besar buat koperasi dan kek coklat saya laris terjual*mak saya yg buat . .(sebab sibuk sangat tak dpat nak tolong) .takpela yg penting kek tu habis kan . . . .booth pandu puteri yg sepatutnya aku jaga pun tak terjaga juga . .makan pun lambat . .tak sempat nak round2 . . serius busy wee. .
dan KLIK SINI . .kalau rajin nak tengok lah kan . .

Hafizah,Cik Mida& Jujue

Dan lepas sambutan Hari Koperasi Sekolah . ini Hari Koperasi Negeri pulak . .dekat SMKA Kuala Selangor . baru je berlangsung semalam . .serius best . .pukul 6.30 pagi dah bergerak dah . . .pergi sekolah tu untuk amik anugerah . .perasmi pula Timbalan Menteri KPDNKK . .

yeahhh ,they are the best thing had ever happened in my life . . . . ini masa nak tengok UWIE and the geng main FUTSAL lah ni . . . Syida mmg pandai tangkap gambar serius . . last sekali dapat no.4 okay lah tu kan . . .yg paling lawak kan adalah 'pemain negara' yg tak main futsal tu amik hadiah . . .nama tak boleh disebut sebab nanti dia merajuk . . piraahhh . dah la lupa birhtday kita , dah tu tipu kita pulak tu . . . cakap kita SS lagi . tengok la . . mmg lah kita sakitkan hati awak budak!

Petanque tak dapat nombor . . . PPKKS . .dapat nombor dua . . .ia mengecewakan sebenarnya sebab cara pengadilannya mmg langsung tak adil .. .haih , kesian dorang . .takpe we are the really CHAMPION laaa . . . .pirahhhh . . . siapa pemenang nombor satu . . .? orang yg tak sepatunya menang .FULL STOP.
Best gila lepak dengan dorang ni , dalam bas , kat luar . .semua la . .almost the time . dlam bas . .part paling best time karaoke .COOL tak? cool gila . . . aku dapat nyanyi part yg last-last sebab uwie ngn shazree karaoke lagu jiwang sepuas-puasnya . .
yg paling SYOK . . pengetua pun karaoke sekali . ! gila gempak seyhh . .

pengetua siap cakap lagi kat aku ."dah last-last baru kita nyanyi lagu rancak" . . .haih , mmg tak puas . . . pengetua sangat memahami sebab tahu kitorang tension kan . .
TERIMA KASIH PENGETUA . .

dan tak lupa kek coklat yg mida buat . . . habis tahu 1.5kg . . . .itu yg best tu . . .

Ini dia cikgu KAMI ,NUR SHAFEZAH MOHD FAUZI a.k.a Cikgu Pijah a.k.a Cikgu Zaza . .

mmg kalau dalam PKS mmg seorang tu akan dapat banyak nama atau gelaran . .

cikgu yg sentiasa bersa-sama kami dalam susah dan senang .the best teacher ever . .
TERIMA KASIH cikgu . .


kan aku ada cakap kitorang pergi sini untuk ambik anugerah kan . . . tahu apa anugerah yg kitorang dapat . .


satu:KOPERASI TERBAIK DAERAH GOMBAK 2011
dua:KOPERASI TERBAIK KATEGORI TURNOVER TERTINGGI NEGERI SELANGOR 2011
tiga:KOPERASI TERBAIK NEGERI SELANGOR 2011

terima kasih SKM(Suruhunjaya Koperasi Malaysia)
Kami ni tengah menunggu anugerah koperasi 6 BINTANG . daripada ANGKASA . mintak-mintak dapatlah kan . . .
aktiviti last sekali akan aku sertai 9 dan 10 Julai ni . . Hari Koperasi Negara dekat PUTRAJAYA. Insya-Allah . .

Okay lah . .itu sahaja buat masa ni . saya mengejar masa petang ni ada latihan perbarisan rumah ungu dengan budak form1 dan form 2 . . busy tak .? busy kan . . .tak pela . MULTI PURPOSE .memandangkan komputer kat rumah dah okay .yeahhhh SUKA . jadi matlamat pertama nak siapkan kerja kursus ADD MATH .next week nak hantar . . .dan bermulalah BATTLE untuk SPM . . . .
okay SEMOGA HARI yg INDAH semua . . .

Comments

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH