Nak Buang Tatu di Kulit Sakit? Nak Buang Tatu Dosa Lagi Perit.

dari KL Festival City , ke Plaza Idaman , ke farmasi kembali semula ke Plaza Idaman .
Kan dah agak .. kalau Allah SWT nak gerakkan tu ... mesti ada hikmah .

rezeki . ni semua rezeki . Bila hati dah digerakkan . ikut la .
Ada satu kedai buku ni penuh dengan buku agama . Niat pengakhiran baucar buku 1 Malaysia yang berbaki RM50 tu memang nak beli buku-buku agama .
Ingat nak tunggu Pesta Buku hujung bulan ni . Tapi tak sempat la nak tunggu . Hati ni tak tahan nak beli juga . Nasib kedai ni terima baucar .
"The man that decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh"- Hlovate , Contengan Jalanan , I-Fend.

From Pn.Halimaton point of view .
Kalau nak berubah jangan tunggu-tunggu . benda baik kan . Sebab kita bukannya tahu ajal kita bila .

Mahunya kalau tak sempat ,kalau dah masuk alam kubur tu mana boleh hidup balik.
Mana tahu nak tunggu hujung bulan aku tak sempat nak pergi pesta buku . Baik lah aku beli sekarang .

Mati . Kita ni memang konfem bakal jenazah . Pasti . Bukan dicapati tapi PASTI akan dilalui .
Belum tentu kita akan jadi bakal pengantin .tapi pasti akan jadi bakal jenazah .

Masa nak pergi solat asar tadi . jenjalan la . kalau dah namanya mall mestilah ada baju yang menarik hati nak beli . Tapi bila fikir balik nanti la tak penting pun membazir je .
Lagi hati berkata , pakai lelawa mana pun , tribal ke polka ke , semahal mana pun , uniqlo ke H&M ke .. nanti sudahnya pakai kain kapan yang suci tu je nanti .

Sungguhla aku rasa mati tu makin dekat je . Tak boleh nak lari walau sedetik .
Maka cukupkah bekalan aku nanti ? husnul khotimah ke keadaan aku nanti ?
Cukupkah apa yang aku dah buat untuk jawab soalan kat Mahsyar nanti ?
Adakah Allah SWT ampunkan dosa-dosa aku ??
Andai ada soalan aku tak boleh jawab . Apakah alasan aku nak bagi ?
Sesiapa yang rasa aku ada hutang dengan dia bagi tahu yee . kalau nak halalkan pun takpe :)
Kalau ada aku buat salah aku minta maaf sangat .
Bukan apa . takut tak sempat .


'Kalau orang kata nak buang tatu di kulit tu sakit , nak buang tatu dosa di hati tu lagi perit'- Hlovate ,Contengan Jalanan,I-Fend .

P/s: nampaknya aku mempengaruhi orang keliling untuk baca Hlovate . 

Comments

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH