FORM 6. PRO and CONS.

Salam folks .HYE ! PBS saya semua dah siap finally . tapi risau kalau kena buat lagi sekali lagi depan penyelaras . Mapuh aku . aishh Puan Zaharah ajar jangan ckap macam tu, minta tolong Allah SWT . cakap 'Ya Allah tolong aku Ya Allah'.
Tawaran form 6 keluar hari ni yee? So adik-adik siapa yang dapat form 6 ? Saya ada beberapa tips . Jika anda terpaksa memilih atau keliru .here pengalaman saya yang masih duduk kat upper six . dan bakal menerima junior 8 Mei . huehue. siapa yang pilih nak masuk form 6 SMK Gombak Setia . bersabarlah anda kerana akan menghadap muka ni je sepanjang masa. 

Form 6 mesti akan jadi pilihan terakhir kan? Saya tahu . sebab saya pun dulu macam tu . nenanges tak dapat UPU . tak apply matriks . rasa macam noob gila .kengkawan dapat pergi sanasini . kau just kena pergi sekolah balik . I know that feeling . been there done that.
Tapi nak tahu tak . "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"(al-Baqarah:216). Selalu dengar kan ? ini lah kalamullah bukti Allah Maha Mengetahui.

Pro and cons form 6 . semua benda ada pro and cons kan ? kalau pergi mana pun . kalau namanya nak belajar nak berjaya nak senang kena lah struggle . 'Nak senang memang payah , tapi tak payah nak susah'
Orang semua kata STPM ni susah . ada juga yang dah tetap dalam kepala .kalau form 6 je budak-budak terpinggir tak dapat masuk U . mesti dalam kepala ..ala . baju sekolah. sekolah. bangun pagi. rules . jumpa junior cikgu lama balik .alaaaaaaaaaaaaa.

Actually , form 6 tak la seteruk atau seburuk yang dibayangkan . sebenarnya form 6 ni fun . fun sangat walau memang dua tiga hari lepas rasa nak nangis tak cukup tanah tak cukup nafas nak siap PBS .alhamdulillah siap juga hehe .
okay first .
  • sistem STPM . bagi sesiapa yang tak tahu lagi .. tingkatan enam bawah 2012 merupakan kohort pertama yang menggunakan sistem modular iaitu sistem semestar . ada 3 sem . 
sama mcam kat U, matriks . masuk bulan 5 nanti bulan 11 exam sem 1 . sambung sem 2 exam , sambung sem 3 . result untuk ketiga sem akan di CGPA atau di puratakan . sama macam sistem U . dan kalau tak puas hati dgn result exam kita tu ..kita boleh repeat . tapi ada la terma dan syarat .

Jadi kalau tanya saya pengalaman dia macam mana . Kalau dulu masuk lower 6 memang boleh honeymoon masa sistem kakak abang dulu. tapi masuk sistem sekarang yang saya tengah rasa ..memang no la honeymoon . nak berjaya, nak masuk U, nak bersaing . masuk je form 6 kena set . fokus . exam sem 1 tu sekejap sangat ... belajar berapa bulan exam ...memang kalau rasa nak culture shock ke test market cari marka memang bukan masanya la . takde masa nak fikir benda lain . kalau betul rasa nak masuk U just jangan main-main ... 'It's only when you know where the end is that you know how to begin.'
Tapi sistem ni sebenarnya senang kalau anda fokus . sekejap je . belajar exam dah . kalau excel proceed, fail repeat . Itulah kelebihan .bila da dapat sijil STPM, boleh terus ambil degree. 1tahun setengah je. nak score pun senang kalau fokus .

Tapi selalunya ramai yang akan tinggal form 6 bila dapat tawaran lain macam poli , kolej atau tawaran kedua U . yang tinggal ni sama ada yg nekad atau memang rezeki dia kat form 6. Ada juga yg quit sebab tak tahan .
Talking about tak tahan . banyak sebab...
kalau sudut pelajaran mungkin bab nak kejar syllabus dengan tak cukup masa .
kalau sudut lain ..

yela bila dah sekolah balik .... kena pakai uniform . ada je kot jenis kawan yang suka bahan 'Haaa budak sekolah. *gelak perli*

  • memang la kena pakai uniform , ada je hikmahnya . bayangkan kalau pakaian bebas, hari-hari kena fikir nak pakai apa, baju warna apa nak mix dengan tudung warna apa .pakai uniform kan senang sama je tiap hari . neway , kau pergi sekolah nak belajar ke nak jadi ratu cantik . *tanya diri sendiri.

  • Bab bangun pagi . ini merupakan masalah besar yang dialami oleh kebanyakan pelajar yang masuk form 6 , lelaki terutamanya ...perempuan pun ada je . Janganlah anda mengharap nak datang sekolah pukul 8 walaupun anda form 6 .budak arus perdana masuk 7.20 pagi . hang pun sama . takde diskriminasi.bersedia la kembali ke zaman sekolah .

cuma bila form6 cikgu ada la sikit tolak ansur .*tolak ansur segi apa. kena rasa sendiri :D
yang penuh peraturan . bukan nak takutkan tapi kalau rasa nak masuk form 6 kena lah bersedia .kalau nak buat peraturan sendiri sila lah suruh Ayah anda tubuhkan sebuah 'Kolej Yayasan Ayah Anda'. Peraturan menjadikan kita berdisiplin dan , disiplin yang membuatkan kita berjaya .

Pressure memang ada . kat mana-mana pun kena struggle . tapi form 6 fun sebenarnya .. the best part is ...
dapat rasa zaman sekolah senior . lagi rasa bertuah bila kawan-kawan kat U, matriks etc cakap 'kat sini tension weh' 'makan tak cukup' 'kat sini tak macam sekolah' 'rindu nak sekolah'. bertuah la sebab dapat rasa 1tahun setengah yg terakhir menikmati zaman sekolah ..

dan kalau betul-betul menikmati memang laa rasa sayang nak tinggalkan form 6 .. akan rindu form 6 .
masuk form 6 jadi senior besar kat sekolah ... life form 6 dengan arus perdana tak sama .
semua benda buat sendiri , plan sendiri . time belajar, belajar ... bila main, main macam budak sekolah .
still boleh balik rumah tengok muka ibu ayah adik-adik hari hari, makan makanan ibu masak , tidur dengan bantal busuk dan kroni . *bukan semua rasa blast dapat tinggal dengan mak ayah lagi . understand.
cikgucikgu semua havoc lagi kalau masuk SMK Gombak Setia .
above all , aku rasa sedih tak lama lagi nak habis tapi ada juga rasa cepatlah habis . nak pergi jauh *lagilagi kalau time tengah tensyen .

Jadi to adik-adik .fikir la elok-elok . kalau tak dapat peluang kat tempat lain, dapat form 6 je . anggap la macam peluang dan rezeki . Percaya lah pada rancangan Allah SWT . kalau dapat tempat lain dan form 6 . istikharah lah  . fikir apa yang anda nak bukan ikut orang . Ayah saya pernah cakap 'Buat sesuatu jangan ikut orang, sebab takkan bertahan tapi buat sebab minat payah macam mana pun kita akan teruskan'...
dan ..
Kita merancang, Allah SWT juga merancang dan rancangan Allah SWT adalah yang terbaik :)

Comments

Eleena Zakaria said…
ha ini kakak dtg mengomen haha . kak pun ambil form6 2012 . myb adik2 igt time kteorang boleh honeymoon kan ? tak jugak , cuma perigi beringat lah , study study and fahamkan . Form6 memang kena struggle , rajin study group :) Kalau rasa nak belajar ala kadar je better tak payah masuk f6 , sbb mmg untung kalau result kita okay , if tak nak smbung degree pun tak lepas . one more thing , pastikan kos yg diambil tu sesuai dgn kos apa yang kita nak ambil dkt u nanti , and pastikan jugak kita ambil subjek yg senang score , sebab pointer penting . kalau tak boleh score mmg padah lah . so goodluck okay sweetie xD
Eleena Zakaria said…
apa punye perigi da * typo hhaha
yeayyy good point utk sy yg sedang survey kebaikan stpm utk yakinkan adik sy.. Thanks eh. btw, jmpe blog awk kat twitter. Sbb nama twitter awk STPM kan. heheh
Unknown said…
Akak nak tanya sikit kan kemasukan form 6 8 mei result UPU belum keluar lagi.. so cam ne eh?
Asmi Asmidar said…
@ Eleena Zakaria yeshhh . betul kena struggle . tak boleh memain ... kena strong ... fokus ...yeshh. insha Allah . now struggle for sem 2 and 3 heheh .thanks :)
Asmi Asmidar said…
@intan payung angry bird hai . hehe .yeshhh form 6 okay je kalau dia betul-betul nak masuk U nak ambil degree :) my pleasure . hehe^_^
Asmi Asmidar said…
@ nurul izzah tengok kos apa yang awak nak ... apa kata daftar je dulu form 6 .kita tak tahu rezeki kita kat UPU kan ? kalau dapat tawaran better boleh keluar ..tapi kalau rasa boleh struggle , dan okay dengan subjek form 6 teruskan la :)
Anonymous said…
Assalamualaikum. Sy nak tnye ni.. skrg sy form 6. Bulan november ni dah nak exam sem1. Tp sy nak memohon upu dgn budak2 lepasan spm tahun dpn. Boleh tak ? So, sy pakai result spm tahun 2012 lah ye ? Boleh kan kak ?
(Sy bkn xnk form 6, tp sy ada problem yg susah nk explain. St syg form 6 sbnrnya. :'( huhu )
Asmi Asmidar said…
@Anonymous boleh je. ada kawan akak yg apply balik guna result STPM dapat UPNM. cubalah. kalau ada rezeki ada .insha Allah :)

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH