Review: MURTAD

Salam folks.
Ini review buku kedua.
Novel kedua yang aku review.( Konon macam expert) ialah novel MURTAD tulisan Hasrul Rizwan terbitan FIXI.
Buku ni pula gua beli kat MPH dengan lagi 2buku iaitu HEROIN dan Kopi-ah.


sebelum tu aku nak cakap yang buku FIXI kool. Tajuk dia cuma guna satu perkataan je. Tapi aku masih belum beli SUMBAT walaupun cover macaroons yang berwarna-warni tu sangat tempting. Mungkin sebab takut terliur bila baca jadi hajat tu ditunda dulu.
Berdasarkan tajuk hampa rasa MURTAD ni cerita pasai apa?(saja guna loghat Kedah ambik mood)
Cerita tentang si kembar hensem Adam dan Akhil yang kerja mereka membunuh orang yang MURTAD.
Mereka di upah oleh Mr.T yang mereka tak pernah kenal. Mereka dapat duduk kat rumah besaq dan pakai kereta besaq. Bahasa yang digunakan best, dan perbualan antara Adam dan Akhil lagi lah best. Dalam loghat Kedah. Mereka kembar seiras berasal dari Kedah. Cerita mereka bermula bila mereka datang ke kota raya Kuala Lumpur seperti anak muda lain untuk mencari kerja. Dan kisah seterusnya. Hampa kena baca sendiri sebab genre novel ni Eksyen dan Thriller. Tak best dah kalau kami cerita. Dan untuk pengetahuan novel ini ada sambungan. Dalam novel  TUHAN. Cheq belum beli dan belum baca lagi. Yang cheq tahu pasal Joe. Lelaki pengirim kurier.

Dan dalam kelas 6 Atas Murni. Cheq berjaya mempengaruh Mary, Syeera, Syiqin, Diana dan Che Pah. Memang best la. Lagi best kalau cerita ni dibuat movie. Memang boleh terbayang kot aksi-aksi mereka. Serius kool kalau jadi filem.

Hasrul Rizwan juga dikenali sebagai Mat Gorn. Manapiranha.blogspot.com . (blog dah diprivatekan)

buku FIXI yang aku jumpa kat tingkat 7 bangunan baru Perpustakaan Negara Malaysia
Here a bit about FIXI.

Buku FIXI ialah syarikat penerbitan novel yang mula aktif pada tahun 2011. Ia memberi tumpuan kepada karya-karya baru yang bersifat urban dan masakini. Nama syarikat diambil dari perkataan Indonesia ‘fiksi’ yang diambil dari perkataan Bahasa Inggeris ‘fiction’ yang diambil dari bahasa Perancis Lama ‘ficcion’ yang diambil dari Bahasa Latin ‘fictionem’…untuk menunjukkan yang tidak apa-apa yang original dalam dunia ini. Sasaran kami ialah untuk terbitkan sekurang-kurangnya satu novel setiap bulan, dan butiran mengenai semua novel kami boleh dibaca di http://fixi.com.my
____
Yang best. 
Jika anda berminat untuk menulis novel Fixi, inilah syarat-syaratnya. 
dot yang kedua: Bahasa slanga dan celupar digalakkan tapi tidak dimestikan. 
Boleh buat noir, thriller, cinta 4 segi, cyber-punk, dann sebagainya.
dot ketiga: Fikir ‘pulp’.

*dan masa aku tengah nak publish entri ni, iman aku diganggu dengan bau Big Apple Donut berdekatan. fuhh. sabar. 

Comments

The Ohhsem said…
salam, kak asmi beli buku ni dkt mph mana eh?
Asmi Asmidar said…
wasalam. MPH Jaya Jusco, Wangsa Maju:) Kat Konokuniya KLCC pun ada.
::ceritera dira said…
Salam,

Seronoknya baca blog awak. Btw FIXI, Lejen Press & Hlovate mmg best.

Salam kenal

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016