Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera! Holla guys! I miss writing so much. Nak skema ke nak brutal ni? Tak nak ah skema bosan. Jadi 11 ogos keputusan UPU atau kemasukan ke universiti. Peringkat ijazah bagi STPM/Matrikulasi/Asasi/Diploma dan setaraf. Bagi yang telah mendapat tempat. Tahniah saya ucapkan. Bagi yang tidak mendapat tempat cuba untuk buat rayuan. *I might write a few tips for this. Bare with me. Jadi banyak perkara akan jadi tanda tanya masa nak masuk universiti ni. Rasa ingin tahu yg sangat tinggi. Well its a new phase. A new place. Mesti kita rasa excited, nervous, a lot of expectation we will think and put in our mind. Mungkin apa yg saya akan kongsikan ini mambu membantu anda terutama buat pelajar tahun satu sesi 2015/2016 di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Kolej Keris Mas, UKM, Bangi. Ini hanya perkongsian pengalaman. At least akan kurangkan rasa risau atau membantu anda.

1. Minggu orientasi

Kalau kat UKM kami panggil Minggu Mesra Mahasiswa yg akan berlangsung selama seminggu. 1-5september. This is when your journey begin. For some yg hesitate nak pergi ke tak. My honest opinion even rasa malas dan terlalu dewasa utk join benda yg "remeh" macam ni but minggu pertama ni adalah minggu kenalan dan minggu paling penting. To meet some new friends and the most important thing to show you guys what university life would be. If you missed this you will missed a lot of information . And it would be the last minggu orientasi ever in your life. Anda tak kan jumpa da minggu orientasi masa sambung master or phd. Enjoy the moment even by doing small things.

Program orientasi akan diatur pihak kolej dan universiti. Dan kalau saya dulu, program orientasi ni tak berat pun sebab masa ni banyak nak uruskan borang la, daftar fakulti, banyak benda nak explain. So it won't be much of LDK macam budak sekolah atau kursus kepimpinan. Even macam kolej saya yg besar almost 700people. You won't even get chance to know your groupmates pun. Masa awal ni banyak akan attached dengan kawan masing-masing. Try cope dan adapt tempat baru semua, pisah dgn family. So don't expect much. Follow je apa dalam tentatif.

2. Things to bring

Ini soalan paling common la kan. Yela nak masuk tempat baru kan. Kalau saya dulu punyalah banyak barang bawa, dengan family sekali sampai dua kereta. Lepastu masa first day masuk UKM jammed teruk. Jadi berdasarkan pengalaman ini. Kalau jenis rumah dekat better bawa barang keperluan dan pakaian masa minggu orientasi lepastu balik weekend ambik barang. Bawa banyak-banyak first day you don't get enough time to unpack, kemas bilik and hias ke apa. Sbb minggu orientasi program da di susun. You will have limited time. Leceh la kalau bawa sekali semua first day.

Minggu orientasi : (UKM) you guys been told bawa baju kurung biru dan kemeja putih bagi lelaki. Tudung putih and kasut hitam. Benda ni semua wajib tau guys. Sbb nanti kalau tak seragam susah sikit. If you wonder when you will wear ialah  masa angkat ikrar nanti. So first day pakai je baju kurung atau kemeja. Smart la sikit kan. Nanti pakaian apa seterusnya nak pakai akan diberitahu fasilitator atau pemudah cara. Bawa la tshirt. Track suit. Slack. Baju kolej nanti akan dapat. Baju UKM pun. Pakaian elok semi formal.

Selain itu, bawa la keperluan yg anda guna kat rumah ke kolej. Just imagine you gonna live there. What will you need. Keperluan mandi, ubat, makanan, cadar, bantal, selimut, selipar,pakaian solat, sejadah, al-Quran yang penting la dahulukan. *iron, water heater takde. So pepandai la yee walau kolej tak bagi *boleh je bawa tapi jangan jadi punca kebakaran bawa barang letrik bebanyak. bawa extension la. Wajib tu. Beli yg mahal. Jangan jadi macam saya. Pakai sampai overheat terbakar wayar nasib tak terbakar bilik. Hihi. Nanti nak letak tikar ke apa  nanti baru letak. After minggu orientasi takde siapa kacau anda. Jadual susun sendiri. So masa tu fikir la nak bawa apa ke nak hias bilik ke.

Better buat list sendiri la. I had a long list before. Barang da la banyak. Tapi ada tak penting pun. Over je. Nanti barang tu beranak-anak lagi. Utama yg penting. Yang jauh tu boleh la make sure prepare awal. Jangan ada barang tertinggal. Terutama dokumen penting. First week tayah bawa laptop dulu rasanya. Tapi balik weekend bawa sbb nak daftar subjek la apa la. Banyak cerita nanti. Kalau yg jauh tu terus bawa la.

3. Dokumen

Dokumen ni sangat penting guys. Sangat sangat. Make sure you guys bawa semua borang yg diminta dalam surat tawaran. Dalam banyak-banyak list, list kan ni dulu dan sebelum pergi pastikan dokumen ada. Selalunya salinan ic, salinan ic parents, salinan surat beranak, surat tawaran, salinan keputusan spm, stpm, matriks, asasi, diploma. Transkrip exam sebelum masuk yg you guys guna utk apply masuk U. Sijil koko. Itu yg saya ingat. Tapi yg penting yg da tertulis dalam surat tawaran. Gambar saiz passport yes kena banyak. Print la 24 and simpan digital version. Gambar anda akan sentiasa digunakan. Dokumen dah disahkan dan belum bawa je semua. Fotostat banyak-banyak.

Xtray atau medical check up. Penting ni. Kalau takde ni boleh menggangu proses pendaftaran. Masa saya dulu buat kat HKL bayar RM 20 rasanya*tak sure kalau masih sama. Better pergi awal sebab seminggu baru siap. Bawa semua borang yg perlu. Dalam surat tawaran dia akan kasi. You guys boleh pergi swasta kalau nak cepat but mahal sikit la. So, jangan buat last minute. *about PTPTN dan biasiswa saya akan update on next


Okay now focus pada UKM, isu dan persoalan yg akan ada diminda.

1. Isu Air

Yes memang UKM ada isu air. Terutamanya kolej seperti KKM, KUO, KBH, KAB, kolej kecil seperti KDO, KTHO, jarang ada masalah. Yg lain tu tak obvious sangat. Kalau ada pun maybe sbb satu UKM takde air. Kalau di KKM, masalah ni boleh dikatakan dapat diatasi sebab ada tubewell, tangki pun da ada. So it shouldnt be a problem. Just prepare la sebotol dua botol air mineral 9.5l spare. Just incase. Sebab lepas ada tubewell jarang la ada masalah. Kalau ada pun sekejap dan takdela sengsara sangat . And bagi kolej lain, pihak UKM juga sedang berusaha sediakan tubewell.

Just don't be so negative okay. Kami memang agak sengsara la bila takde air but we survive. After ada tubewell kitorang okay je. Benda mencabar but pengalaman sangat berharga. It make us appreciate what we have. Jangan risau sangat la. Masalah air tak menjejaskn result anda. Don't worry . Rumah yg dekat boleh balik tiap minggu. Rumah jauh, boleh sewa kereta then pergi dobi self service basuh baju. Takde masalah. Setiap masalah ada penyelesaian. Ada kemahuan ada jalan.

Dan masalah ini sedang cuba diselesaikan pihak UKM sedaya upaya. Kalau anda faham keadaan Bangi, Kajang yg banyak kilang, perlukan air, anda akan faham kenapa tak cukup air di UKM Bangi. Dan sebelum ni pun memang masalah berpunca Syabas sendiri yg tutup tangki air akibat pencemaran. So guys, don't worry okay. You will survive okay.  :) lagipun jarang berlaku. Bermusim benda ni kekadang.

2. Perang DECTAR

If you wonder what it is. It just something fun dan kenangan yg akan diingat sampai bebila as student. it just cheer wars. Masih tak tahu la sesi ni ada tak. Kami pun tak pasti. But it just tradition nak terapkan semangat kolej. DECTAR ialah Dewan Canselor Tun Abdul Razak tempat anda angkat ikrar nanti. You guys will get that goosebumps feeling bila masuk tengok semua pakai seragam and realizing you guys da masuk alam universiti after all the struggle. It just a new beginning. At least that what I felt. Good Luck la ya for this . Nanti tengok bagaimana sayangnya PC (pemudah cara) anda pada anda. I won't ever forget mine. It was great. Something to be remember.

3. Yuran /PTPTN/JPA

Kalau UKM masa masuk RM 1,290 ke 1190 tak ingat la tapi itu sekali je ni yuran pendaftaran. kira yuran ni untk bas, wifi dan lain-lain la. Kolej dengan yuran pengajian sem 1 tetap kena bayar. Harga ada dlm surat tawaran, lain kolej, fakulti lain yuran. Nanti bila da dapat no matrik, password dan boleh akses e-kewangan anda akan tahu harga sebenar yg perlu dibayar. Macam saya KKM dan FSSK approximately RM 1,250 setiap sem bagi kolej+yuran pengajian. Yg pasti boleh bayar bebila selagi belum exam. Yg yuran pendaftaran je kena bayar sebelum masuk. Lepastu you just need to pay for yuran pengajian dan yuran  kolej setiap sem.

 Boleh pakai akaun CIMB atau Bank Islam. Saya sarankan buka la akaun Bank Islam sekali daftar SSPN untuk apply PTPTN. Kalau JPA pun guna Bank Islam. Simpan no akaun bank. Bayar yuran pun boleh guna bank islam.

Bagi pendahuluan PTPTN, sesiapa yg isi borang UPU dan tanda ya pada terima wang pendahuluan PTPTN nanti akan ada surat dihantar sebaik saja you guys dapat tawaran. Kalau tak hantar boleh update kat laman web PTPTN anda dapat tak. Kalau dapat tak sampai rumah mungkun sampai pejabat pos terdekat. Kena rajin check.  bayar ni sebelum masuk. Jadi sempat cari duit cubalah. Jangan tinggal study sebab duit. Kalau takde juga cuba hubungi bendahari UKM. RM 1,500 saya guna bayar yuran. Nanti dalam tu ada la segala terma dan syarat. Baca betul-betul. Bab duit ni jangan ambil mudah la. Lepastu complain. Be smart okay.

Okay yg nak apply PTPTN, link http://www.ptptn.gov.my/ masa saya , saya ambil PTPTN untuk wang pendahuluan dan sem pertama sahaja. Sem kedua saya batalkan sebab dapat JPA. Kalau ada simpanan dan parents mampu tanggung first sem tu tayah apply PTPTN pun takpe dan kalau rasa boleh dapat JPA. PTPTN da boleh apply. Just beli no pin kat BSN, daftar, buat akaun SSPN dalam web dia da tulis semua. Ikut arahan dia. apply dulu. Nanti masa da masuk. Dia akan bagitahu permohonan diterima tak dan dia akan bagitahu bila pula masa penyerahan borang semua. A few weeks kena survive la guna duit sendiri. Its good kalau ada duit time kerja tu kita simpan lagi bukan joli macam saya.

Bagi JPA link http://esilav2.jpa.gov.my/, you guys boleh apply once da dapat tawaran kemasukan. JPA ni proses lambat dari PTPTN jadi itu yg saya pinjam PTPTN dulu then boleh je batalkan. Duit JPA sem 1 tetap akan masuk tapi selalunya bila da habis sem la. Lambat sikit. Boleh je you guys guna duit PTPTN dulu, once dapat JPA batalkan PTPTN dan bayar la guna duit JPA tu.

I'm not sure about other biasiswa. Familiar dua ni je. Ada banyak lagi. You guys boleh google. dan juga kalau takde juga masa masuk, Baitulmal ada sediakan bantuan ni link baitulmal KL http://www.maiwp.gov.my/i/ . Boleh pergi laman web dan download borang pastikan hantar awal sebab proses mengambil masa agak lama. Boleh juga minta pusat zakat. ni link other scholarship http://afterschool.my/ biasiswa ni satu je kena selalu update. Btw, setaip negeri ada je biasiswa sendiri boleh cuba minta. Contoh Yayasan Negeri.
Kalau masuk UKM juga ada diberi bantuan. Tapi lepas masuk UKM. Nanti akan diterangkan lagi.

4. Kolej.

Saya akan spesifikkan pada Kolej Keris Mas dan general kan yg lain.
Kolej Keris Mas kolej kedua terbesar selepas Kolej Pendeta Zaaba. Tapi dedua kat hujung utara dan selatan UKM. Zaaba dekat dengan Fakulti Undang-Undang(FUU) dan Keris Mas dekat dengan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) . Nanti you guys hafal la singkatan nama ni. Nanti da dapat jadual semua tempat singkatan je contoh Dewan Kuliah - DK , Dewan Tun Abdullah Muhd Salleh-DTAMS , takpe ada senior tolong nanti. Apa ada di Keris Mas? Ada blok lelaki 3/8/9 perempuan 10-15 tapi blok 3dan15 blok pelajar Asasi Pintar. Kami mungkin akan menerima lebih kurang 700 pelajar sesi kali ni. 

Ada kafe. Kafe KKM biasanya paling havoc. Lauk tu mahal sikit laa. Tapi makanan banyak pilihan. Yg makanan goreng waktu malam takdela mahal mana. Sekarang KKM sedang dinaik taraf. Makin lawa dah. Dan KKM ada GLAM (Gerai Larut Malam) beroperasi pukul 9malam-3pagi. Boleh jamin laa kalau takde exercise anda akan bertambah gemuk duduk di UKM lelagi blok dekat dengan kafe. I'm the living prove.  Kahkah. Oh kat kafe KKM pun ada mesin ATM bank Islam. Ada kedai runcit dan ada kedai printing. So masa masuk if kena print note ke apa-apa , jangan risau kalau tak bawa printer boleh je print dekat kedai tu. Good service I would say dan tak mahal sangat. You guys will know more okay. Bagitau semua tak best la. Explore sendiri. Ada bilik karaoke, gym. Ada pusat wacana ilmu (pwi) tempat study. Kafe boleh tengok bola. GLAM ada lcd screen. So jangan risau..anda akan ada life.

Kemudahan kalau kat blok ada mesin basuh layan diri. Pengering je takde. RM 2 sahaja. Masukkan baju. Tunggu lebih kurang sejam dan siap basuh, sidai sendiri. Hehe. Kalau malas pergi la dobi luar. Aqua Nano ke tapi mahal.

Walaupun KKM ada palang bagi langkah keselamatan tapi anda takde curfew. Jadi sukahatila nak balik pukul berapa semua. Janji pergi kelas yaa.

Dan monyet. Monyet memang banyak. Mana U pun sama je lelagi kalau dalam hutan. Monyet ni dia keluar lepas asar dgn tgah hari. Makanan kegemaran dia maggi dengan roti. Kalau keluar bilik tutup tingkap la. Patuhi peraturan yg sedia ada sbb semuanya ada sebab kenapa. Anjing ni jarang ada la. Kalau ada sergah je dia. Nanti dia lari tapi kena konfiden dekat tangan pegang batu acah nak baling. Acah je la kalau baling pun jangan bagi kena dia. Nak protect diri kita jangan sampai kejam. Itu jela rasanya.

5. Kenderaan

Mesti akan ada soalan jauh tak kolej dari fakulti? Pergi kelas macam mana. Sejujurnya UKM, Bangi ni besar. Kebanyakannya akan pergi kelas naik bas. Kolej yg dekat dgn fakulti pun macam Kolej Tun Hussein Onn, Kolej Dato Onn, - FSSK. Kolej Aminuddin Baki dekat dgn Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP). Kalau dari KKM nak pergi FSSK gigih la jalan kaki walaupun 15minit. Saya gigih waktu balik kelas kalau tak penat sangat dan kalau petang redup. good exercise.

Tahun 1 tak boleh bawa kenderaan. Kalau motor pun sem 2 tak silap tapi kena daftar dengan Wisma Aman. Kalau tak kena saman. Ahaha its ryhme. Jika anda terlalu risau bagaimanakah nasib anda. Jangan risau babe. There's a bus. Kami panggil Nadi Putra. Ada 3 bas Nadi Putra beroperasi membawa anda ke kelas. 1. ZON 2 - ni bas Zaaba. 2. ZON 3U - dari KKM ke FUU. 3. ZON 6-mula dari KTM UKM sampai KTM UKM balik. Kalau dari KTM UKM boleh pergi Rawang dan Seremban. Saya balik naik KTM sampai KL Sentral then naik LRT. Naik public transport kena belajar la adik-adik ya. Kalau tak, tak balik la korang.. Bas akan beroperasi bermula jam 7 pagi tak silap saya sampai 11malam bas last. Bas akan ada setiap setengah jam. Berhenti rehat pada pukul 1-2, 4-5, 7-8 . Nanti akan confirmkan balik once you guys da masuk okay. Jangan lupa ucap terima kasih pada pak cik bas dan senyum.

Bas Rapid KL yg masuk UKM ialah bas T403 ke Kajang. kalau nak naik teksi pergi Bangi Gateway nanti boleh tanya senior no pak cik teksi. Kalau nak sewa kereta boleh nanti cari la nombor kat kakak abang senior. Boleh la pergi merendek. Da besar kan pepandai la.

6. Kemudahan

Kalau mesin ATM ada Bank Islam di Canselori, Pusanika dan KKM, Zaaba juga rasanya. Saya tak pasti. Mesin ATM dan cawangan CIMB ada di Pusanika. Pusanika adalah pusat kemudahan pelajar. Ada kafe, bakeri hipster, koop unikeb. ada kiosk Kalau BSN ada di Wisma Unikeb belakang Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik(PPBL) dekat dengan Pusat Citra dan Fakulti Pendidikan. Wisma Unikeb tu agak tricky tempat dia sbb macam kat luar UKM tapi kalau ikut PPBL jalan je turun tangga da sampai. Ada BSN dan ada kedai makan Ikan Bakar sedap situ. Apa lagi yaa. 

Oh kat Pusanika atau Pusan selalu ada Karnival la apalah. Boleh tahan 'berhantu' juga Pusan tu. Bukan hantu apa. Hantu habiskan duit sbb tudung la, buku la, gadget la memacam jual kat situ. Dekat Pusanika juga ada pejabat pos. Jadi jangan risau la kalau nak pos barang kat rumah ke pakwe ke. Boleh je. Kalau orang nak post barang ke kolej pun boleh. Janji ada alamat. Nanti check la kat laman web yg disediakan kolej contoh KKM : https://docs.google.com/spreadsheets/d/t-T5E8MlGuUDjmvgGbcMVGg/htmlview?pli=1 kalau ada barang tunjuk no kat pejabat, bawa kad matriks atau kad kolej then boleh ambik barang. Which is bahaya kalau anda jenis shopping online. Makin galak la anda membeli kihkih. Berhati-hatilah dengan skim ini.

Wifi. Mengenai wifi, Jaring yg membekal wifi ke UKM dah bankrup walaubagaimanapun pihak UKM sedang berusaha mengambil vendor wifi baru. So inshaAllah nanti anda semua akan dapat akses wifi. Lagipun selain jaring, ada UKM Pelawat dan UKM Warga. Boleh juga guna cuma akses tu tengok pada tempat. kalau nak main DotA guna wifi kat UKM tataula pula tak pernah guna. Hikhik.

Rasanya itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Ada salah memana maafkan saya kalau info tak tepat boleh tanya lebih lanjut pada senior anda sendiri. Hal teknikal yang lain akan dikongsikan melalui pemudah cara anda. Mereka akan menjawab segala persoalan. Pasal iCGPA ke, pasal kebajikan lain, kredit hour, tukar kos nanti masa orientasi la penting masa ni la nak settle semua. Hal ni teknikal ada yg kami pun tak diberi taklimat lagi. 

Bagi UKM ni FB group rasmi intake anda https://www.facebook.com/groups/993711837327509/ boleh juga like page UKM Pride. Kalau Twitter ada @UKM_twt .

Kalau nak tips saya tak tahu la nak bagi tips apa. Banyak sangat. Lagi fun kalau anda sendiri merasakan pengalaman itu dan belajar dari pemerhatian . Sangat mencabar hidup di universiti dan seronok dan boleh tahan stress. Boleh la usha #TipsMasukU dekat Twitter dan ada satu video Anwar Hadi mengenai "What I wish I Knew Upon Entering College" might help also. Rasa la pengalaman tu sendiri. Bercinta ke, putus cinta ke, lambat pergi exam ke, dapat 'sleeping partner' assigments ke, duit tak cukup ke, gemuk ke, stress ke, rasakan pengalaman itu sendiri dan belajar mendewasakan diri. Anda dalam proses mendewasakan diri jangan takut untuk belajar.

Pesan saya be ready mental and physical. Just be strong. Ingat niat dan matlamat. Make your parents proud and live the uni life as fun as possible. No matter how hard it is appreciate every little moment. Make friends, join activities. Be yourself.

Untuk pelajar Psikologi jumpa saya nanti dalam Psych Club. Tips ke apa kita boleh duduk satu table cerita lagi best. Pasal course and everything. You guys ada lebih kurang 90 lebih senior psikologi yg akan membantu anda. Enjoy belajar psikologi okay. Its fun.

Jadi sebarang masalah kalau nak tanya boleh dekat group yg saya bagi link. Kalau nak balas comment kat sini mungkin saya lambat balas kadang-kadang tak check dan terlepas pandang. boleh email amieieda54@gmail.com ,ni selalu buka, FB tayah la. Jarang juga scroll. Twitter @AsmiAsmidar ini kalau tak sibuk saya balas cepat.

Saya akhiri dengan ucapan Selamat Datang Ke Universiti Kebangsaan Malaysia bagi pelajar sesi 2015/2016 dan juga kepada pelajar Kolej Keris Mas.

Nama saya Asmi Asmidar pemudah cara anda di KKM. Jumpa nanti tegur la da cakap "saya baca blog akak" itupun kalau jumpa sebab saya duduk di belakang tabir dalam konti atau gadis manis memegang kamera di KKM selalunya saya sorang sahaja. Boleh tegur je. Saya nampak je sombong, nampak je but trust me I'm not even fun but I'm cool kahkah. See ya!


*this little special notes bagi yang tak dapat tawaran. Cuba buat rayuan. Rayuan kali ni pilih kos lain. Sbb kos yg anda minta mungkin terlalu terhad quota dan hanya kalau ada orang tolak baru dapat. Kalau insist juga nak kos tu terpaksa ke swasta kalau bukan di universiti awam. Jangan sedih dan putus asa. Ada kawan saya yg masih dapat tawaran walau da 2tahun habis STPM. Rezeki masing-masing kita tak tahu. ALLAH SWT tu hebat perancanganNya. Kalau nak kerja dulu pun takpe. Buat la rayuan. Be realistic okay.Siapa yg berusaha pasti akan mendapatnya. Yakin dengan rancanganNya. Jangan pernah putus asa. Peluang sentiasa ada. Rezeki itu ada. Mungkin belum masa. Kuat okay*tiup semangat* .

Comments

Anonymous said…
Salam sister, I stumbled upon your blog regarding the preparation for this coming orientation in UKM~ Firstly, thank you for posting it but i do have some question that im still quite puzzled;

For the MMM, izzit compulsory to wear a blue bju kurung for the whole week or izzit jz particular for certain days? does it have to be plain blue or its allowed to have some patterns? and izzit permissible to wear a blue jubah instead? It will be much appreciated if i could get a clear response~

please and thank you~ :)
Asmi Asmidar said…
Wasalam. Okay no its not compulsory to wear for the whole week. I assume 2 is enough because you gonna need to wear for formal event like angkat ikrar. Its allowed to have some pattern. But not much. Find a simple one okay. Better baju kurung, jubah is not recommended . And from my past experienced you gonna need to wear the whole day find something you are comfortable with. Better be baju kurung. :)
Anonymous said…
ahh, i see... now its clear as crystal to me... hahaha ^w^
Thank you for your fast responds... i really appreciate it~ :)
Anonymous said…
salam...nak tanya biasiswa jpa dalam negara skrg ada temuduga lagi tak?dengar2 dah takde..tkasih...
Asmi Asmidar said…
Wasalam. Da takde temuduga. Bergantung pada result dan course je sekarang :)
Anonymous said…
oh...akak ni course apa?brapa cgpa time mohon jpa haritu?
Asmi Asmidar said…
Akak ambik psikologi. Masa akak apply jpa akak guna result stpm. Masa tu stpm akak 4.00 heeee
Anonymous said…
Assalam kak..masa nak daftar 1/9 nnt kena pakai baju kurung biru dan tudung putih ke? Dan lagi satu, pasal gmbr yg kena upload utk kad matrik wajib bertudung putih ke? Mohon pencerahan
Asmi Asmidar said…
Wasalam. Tak masa daftar boleh pakai bebas. Tak kisah pun. Baju kurung ke dress warna warni hehe. Masa angkat ikrar je pakai. Tak perlu boleh je gambar tudung warna apapun.
meyy_ainn said…
salam kak. masa sblum masuk tu mmg just byr yuran je eh yg rm1290? yg lain2 tu bayar biler ye? lagi 1, bilik kite pilih utk sorang ke 2 org ke tu pilih sndiri atau mmg da d tetap kn?
Anonymous said…
Ok tqvm kak :)
Unknown said…
Salam, is it compulsory to wear tudung during minggu mesra mahasiswa? Thank you for this entry, its very helpful :)
Asmi Asmidar said…
Wasalam. Yes rm1290. Yg lain2 bayar je bebila sepanjang sem selagi sebelum exam. Bilik junior dua orang, dia da tetapkan da.
Asmi Asmidar said…
Wasalam. Yaa it is compulsory to wear tudung during MMM. You're welcome :)
meyy_ainn said…
okay thankyou, membantu sgt2 akak punya blog ni. see you there senior. hihi
Haslinda Harun said…
Thank you sooo much for writing all this.. as future junior in ukm, i really appreciate it.
Anonymous said…
Salam, yg bg perempuan waktu minggu mmm, perlu pakai kasut hitam ke or bebas? terima kasih. :)
Asmi Asmidar said…
Wasalam. Bebas cuma waktu aktiviti formal perlu pakai hitam.
Anonymous said…
ohhh, okay~ terima kasih~ :D
Anonymous said…
Assalamualaikum kak. Saya lepasan stpm 2015 sekarang ni masih tunggu result. Saya sangat meminati dan cinta habis bidang psikologi dan senang cerita dari habis spm dulu dah fixed diri nak masuk ukm bidang psikologi. Saya cuma nak gambaran tentang peluang saya untuk sekurang-kurangnya terpilih utk di interview nanti. Saya nak tahu secara rawak classmates akak semuanya result stpm/matriks mostly yg 3.5 above atau sebaliknya? Dengan result yang belum keluar ni saya yakin insha allah boleh capai 3.0 above dan target saya 3.5 above keseluruhan. Wlpn keputusan cgpa minima yg ukm mahukan 2.5 tp adakah peluang utk yg capai 3 ke atas cukup-cukup makan ni tak cukup? Saya ada baca akak sbg pelajar 4 flat dapat masuk ukm dan terbaca pelajar matriks hanya result bawah 3.0 tetapi dapat peluang utk di iv. Jadi apa pandangan akak?
Anonymous said…
salam. saya juga lepasan stpm 2015, cgpa saya dalam 2.75, macam boleh ke nak mintak kourse psikologi?
Asmi Asmidar said…
Waalaikumussalam. pertama masa isi upu letak ukm pilihan pertama untuk melayakkan diri ke iv. kebanyakan yang ke UKM pointer 3.0 ke atas. Kawan-kawan tak pasti. Tapi penting utk result SPM ada bio dan math sekurangnya kredit untuk ambil psikologi di UKM. 3.0 sudah melayakkan anda utk ke iv sekiranya ada math dan bio masa spm juga. Peluan selebihnya bergantung pada rezeki dan iv nanti. Takpe walaupun awak letak UKM first choice , letak la pilihan lain yg ada bidang psikologi juga. kemungkinan iv inshaallah. Semoga berjaya.
Asmi Asmidar said…
waalaikumussalam. boleh . tapi cuba minta universiti sepeti UMS atau sebagainya. takde masalah kalau nak letak UKM pilihan pertama. Kalau lepas iv inshaAllah. Tapi 2.75 boleh je ambil psikologi bergantung pilihan U dan persaingan.
Unknown said…
Akk..kalau dari ktm ke kolej keris jauh tak? Perlu ambil bas ke macamana?
Unknown said…
Akk..kalau dari ktm ke kolej keris jauh tak? Perlu ambil bas ke macamana?
Anonymous said…
good information :) thanks a lot senior ! see u soon ;) #linguistik #kerismas
Unknown said…
thank you sister, sangat berguna. Hopefully dapat jumpa dekat sana 👋👋
Tasnim Hanafiah said…
This comment has been removed by the author.
Faizal Frazz said…
Hi sis. Program akak ni belajar fully in BM or ada English sekali? And usually how many people yg masuk for this program every intake? Thankss

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH