JANGAN JATUH

Kenapa kita selalu nak toleh orang yang sanggup jahanamkan kita
Yang kita hancur macam mak abah kita tak pernah tatang kita
Kita selalu lupa

Kita ada harga


Sekali lagi kau bilang mahu pergi
Sekali lagi kau biarkan aku mati
Sekali lagi kau biarkan aku tanpa perasaan
Apa kau fikir aku ni haiwan? Tak pernahkah kau tahu betapa aku rindu?
Takkah kau peduli apa yang aku mahu? Sampai hati kau pergi 
Sampai hati kau biar aku mati

Perasaan yang terlalu menakutkan
Perasaan yang terlalu menyeramkan 
Aku ditinggal di tepi jalan 

Aku ditinggal tanpa rakan dan taulan


Celakanya perasaan ini
Ku fikirkan aku takkan peduli kau pergi 
Kau memang lelaki yang harus mati 
Sampai hati kau biarkan aku begini bersendiri

Ini bukan yang biasa
Ini cinta yang ada lainnya 
Tapi kau tidak pernah merasa apa yang ku rasa 

Kau panggil aku gila Bila kau bilang kau hendak pergi
Kau tahu kau sedang mahu ku mati

Berapa kali kau laku begini? Berapa kali? Berapa kali? Dan di setiapnya, aku tak peduli bila engkau mengambil pisau dan melapah mentah
Kasihan hati ini biarkan engkau begitu menyiat hatiku untuk kali ke seribu

Jangan jatuh
Jangan jatuh
Jangan jatuh Jangan jatuh Jangan jatuh
Jangan jatuh

Comments

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016