Duit vs Bahagia

Dilema sungguh sekarang ni. Sekarang ni, aku tengah dilema. 

Duit vs Bahagia. Aku suka nak bekerja, nak teruskan belajar, to continue my personal growth. To build career. I mean I don't mind to work in any field as long as I get to learn something. Orang kata kena buat benda yang buat kita bahagia, soal gaji tu bukan perkara pertama. Tapi bila aku fikir, aku ada benda yang aku nak dalam hidup ini. As in benda material. 2 je. Satu rumah, dua kereta. I want to have this two on my own. Aku pun tak tahu kenapa aku duk kejar sangat dua benda ni. Kenapa aku perlu rasa kurang. Mungkin sebab dua perkara ni akan mudahkan hidup aku dalam banyak perkara. Aku tak tahu la ni sifat tak bersyukur ke ni sifat optimistik lagi bercita-cita tinggi.

Aku bersyukur dengan yang aku ada. Sekurang-kurangnya aku ada rumah, tempat tinggal nak banding dengan gelandangan. Tapi aku ada impian nak ada rumah sendiri, my own place. Aku rasa aku da cukup dewasa untuk menyusahkan mak ayah aku. Mungkin selagi mereka hidup aku akan susahkan mereka tapi, at least dapat kurangkan beban mereka. Sikit pun jadilah. Samalah  juga dengan adanya kenderaan sendiri, aku boleh je guna public transport. Tapi ada masa public transport tak relevan. Di mana pergerakan aku terbatas. Walaupun ada je jalan dan ini semua alasan. Takpela yang penting itu impian, yang ada sekarang Alhamdulillah, kalau boleh biarlah kita berusaha nak yang lebih baik. Orang kata bekerjalah seperti kita akan hidup seribu tahun lagi, dan beramallah seperti kita akan mati esok hari. Tak gitu? Takkan kita nak stay di takuk yang sama je selama-lamanya. Mestilah kena usaha jadi lebih baik.

Jadi untuk mencapai perkara tersebut perlulah aku bekerja keras untuk mendapatkan wang ringgit. Di mana tidaklah akan mendapat rumah atau kereta tanpa duit. (kalau rezeki kita tak tau kan). Nahh benda free dalam dunia ni hanyalah nikmat yang Allah SWT bagi pada kita. Nak benda ni pun dengan izin Allah SWT dengan usahalah. Untuk bekerja keras, aku perlukan kerja yang memberikan aku gaji yang tinggi, Tapi dimanakah kan cari semua itu? Apakah sesuai dengan aku? Apakah ianya akan membuatkan aku bahagia? Kalau aku nak kerja yang membuat aku bahagia mungkin aku kena korban dengan gaji. Kalau nak  pengalaman, kerja kat PDK banyak aku boleh belajar tapi gaji macam mana?NGO pun banyak je. Kalau nak gaji banyak, sikit je la aku belajar. Kita tak boleh nak dapat semua. Apparently, kita hanya manusia, tak boleh ada semua. Jadi semua benda mengelirukan aku. Nak kerja macam mana? Indeed aku boleh buat banyak perkara tapi mampu ke aku buat semua. Guess that I have to challenge myself. Yukenduit. Nak menulis, nak design, nak organize, planning blabla. Sungguhla akak konfius dan perlukan kaunseling kerjaya. huh. Usaha lah mida, jangan malas. 

Pesanan buat diri, saat kau melihat rakan lain berumahtangga janganlah kau risau, akan tiba masa kau. Berumahtangga di umur 22 atau 26 atau 28 atau 40 sekalipun tetap perkahwinan. Dikala kau melihat rakan lain melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana, maka biarkanlah mereka. Jika umur 40 atau 50 sekalipun kau mahu belajar ke peringkat lebih tinggi teruskanlah. Tatakala yang lain sudah mempunyai pekerjaan yang baik, mempunyai kenderaan dan rumah impian ketika berumur 25. Takpela. Membeli rumah tatkala umur 40 pun okay. Tatkala rakan-rakan sebaya sudah mempunyai anak seawal umur 23 maka biarlah. Jangan terlalu melihat apa yang ada di dalam tangan orang lain, mungkin di dalam genggaman kamu lebih baik. Tatkala kau melihat orang lebih tinggi dan mulai lupa maka lihatlah yang berada di bawah agar kau bersyukur. Setiap manusia mempunyai garis masa yang berbeza. Setiapnya ada hikmah. Tatkala terlalu runsing, katakanlah pada diri, ini semua duniawi. Apa yang tinggal tatkala mati hanyalah amal, doa dan ilmu. Dan dunia hanyalah jambatan menuju akhirat. 

Moga tak dilema dah. 

Comments

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH