Bercakap Soal KAHWIN (buat mereka yang belum nak kahwin)



When your peers start to get married.

Anda tahu anda mula menjadi dewasa bila anda menerima kad jemputan dari kawan sebaya. Bukan satu kad untuk satu minggu tapi lebih dari satu kad dan jemputan hampir setiap minggu. How old am I? For me I never feel old enough. I feel younggggg. HA HA. 

Okay masuk mood serious. Di waktu umur 23, dan melihat kawan-kawan mula mendirikan rumah tangga tatkala diri masih mencari-cari makna hidup ni agak rumit juga nak terangkan perasaan tu. Ada yang membuat keputusan untuk hidup berdua seawal umur 22 tahun. Habis belajar je kahwin, tak habis belajar lagi pun kahwin. Aku takdela nak rasa rumit sangat pun sebab aku bukan jenis aim nak kahwin awal pun dan kahwin tu bukanlah ultimate goal dalam hidup aku. Kahwin bukanlah kayu ukur bahawa aku da capai sesuatu atau aku da berjaya dalam hidup sebagai perempuan. Bagi aku perkahwinan adalah satu fasa kehidupan yang kita pilih. Fasa kehidupan baharu untuk bersama seseorang menempuh hidup ni. Bukanlah ikatan sebagai tanda memiliki tapi ikatan untuk bersama hingga ke ahkhir hayat menempuh susah senang bersama. Allah SWT berfirman yang kita ni diciptakan berpasang-pasangan. Allah SWT cipta Siti Hawa untuk teman Nabi Adam a.s. Macam itulah kehidupan berpasangan. *berkahwinlah kerana Allah SWT.

Cumanya, bila kau da jumpa someone dalam hidup kau yang kau nak habiskan seluruh hidup kau dengan dia. Kau akan mula rasa nak kahwin tu. Because you want to see him everyday, to grow with him.. like I found the love to carry more than just my secret, to carry love, to carry children of our own. Haa gitu. Siapa je bercinta tapi takde niat nak kahwin. Ada. Tapi itu orang lain lah. Bagi aku bila aku da dengan orang tu. I want to get married with him. I'm not wasting my time. Being in love for 3 years now, mestilah ada niat nak kahwin tu tapi belum masanya lagi. It just not the time yet. 

Aku pun baru nak bina kerjaya aku. Betul lah kalau nak kahwin, kahwin je la bila da sampai masa, apa payah nak tunggu ada kereta, rumah etc......Tapi bagi aku, biarlah nak kahwin tu aku ada duit sendiri, so aku tak nak susahkan bakal suami aku tanggung semua. Biarlah sama-sama simpan duit, sama-sama susah senang. Nak kahwin, kau nak ada anak, nak hidup bersama. Paling tidak, biarlah sampai kami rasa kami sedia mental dan fizikal. Bukanlah atas desakan-desakan lain. Biar lah ambil masa lama sikit, sekurang-kurangnya bila dah kahwin nanti boleh buat yang terbaik dan takkan ada rasa menyesal  ambil keputusan berkahwin. Kan semua da tertulis. Kita usaha dan doa semampu kita.

Beside that, aku jenis perempuan yang nak achieve sebanyak yang boleh dalam hidup. Bukanlah sebab lepas kahwin tak boleh nak achieve. Tapi aku rasa lepas kahwin, *rasa dan harap* perasaan pentingkan diri tu da kurang. Sebab bila dah kahwin, segala-galanya bukan hanya tentang 'aku' tapi 'kami'. Benda yang aku nak buat, nak capai, nak miliki, masih banyak dalam senarai. I know, l can get married anytime by now if I decided I want to. Boleh je siapa kata tak boleh. Once kau decide nak kahwin, aku percaya ada jalannya. Sebab aku juga berpegang pada nikah itu mudah. Rumit la kalau expectation kau perkahwinan tipikal melayu dengan adat dan hantaran tinggi bla bla. Bagi aku kehidupan lepas kahwin tu lebih penting. So, aku tak nak aku je decide beriya nak kahwin, aku perempuan, yang merisaukan tentang umur hanya kesuburan dan anak. Yang lain okay je. Jadi, tanggungjawab lelaki lebih berat bila bercakap tentang perkahwinan. Jadi biarlah dia yang decide. MSL pun ada target dalam hidup dia. Ada benda dia nak capai. Aku okay je. Jadi sementara, he live his life sebagai orang bujang, I will live mine too. Happily as long as we know at the end of the day we always have each other. At the end of the day, I know that he love me. So sampai masa kahwinlah. 

Jadi sebelum itu, kepada kita berumur 22, 23 dan berapa pun yang masih single, atau ada pasangan tapi belum nak berkahwin. Sementara nak sampai satu lagi fasa kehidupan tersebut, marilah kita raikan hidup. Banyak perkara kita boleh buat. Soal jasmani, rohani, mental, intelektual. Terlalu banyak untuk dipelajari dan dibaiki. Tenang saja. At certain point, some of will get worried. I know. The insecurity hit us sometimes, especially us women. Kalau ada partner okay lagi, kalau takde partner, kalau masih takde stable relationships, lagi rasa insecure. But I want you girls to know, IT'S OKAY. Trust me, the love come to you the time you least expected it. The person  that will be with you most probably will be the person you never see come in your life or the one you never expect will be. The relationship you have will be tested. When you start to see his insecurity, when you start to fall deeper for each other, when you become greedy towards each other, when you start to put expectation to your partner, I would say it just phase and it will past. Love is patience. If you love him enough, or if he love you enough trust me both of you will stay. Will compromise and tolerate with each other in natural way. By the time, both of you just want to make sure that you love each other. 

Live your life. Be better for yourself. Love yourself more. Count blessing in your life. Be thankful. Find something you love to do. Be what you want to be but most of all BE HAPPY. xoxo

Comments

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH