Nilai Ilmu


Recently ada viral post FB by someone name Hidayat Hasni Isa. I don't know who is he. But he wrote something about nilai ilmu. 

Apa yang dia cakap ada kebenarannya di zaman sekarang ni. Memang terasa sangat nilai ilmu itu dicabar. Bila kau cuba nak cari kerja, terasa payah nak padankan dengan apa yang kau belajar. Kau kena kerja apa yang tak berkaitan dan belajar tentang hidup rather than apply your knowledge. I always think that I deserve something more than this. I want to do more to the society. Masa ni rindu sangat kerja-kerja masa dekat JKM. 

Lepastu, soal duit pula. Memang terasa juga la. At the end of the day, kau akan sentiasa soalkan balik apa yang kau buat. Kalau cakap pasal duit, at one point rasa macam kalau hidup kau fokus pada kerja dan duit baik habis SPM terus kerja cari pengalaman. By time now kau da jadi manager ke supervisor da. Tayah la susah belajar at the end kerja yang keperluan SPM pun da cukup. 

Aku buat freelance design, dapatlah projek kecik-kecik, buat logo, sticker kahwin dan kad kahwin. Masa tu aku tak dapat kerja lagi. Adik aku tanya "kau nak jadi apa mida?" aku jawab tak tahu. Just simply sebab aku malas nak elaborate struggle aku. Lepastu dia bebel "Kalau kau nak buat benda ni je (design) baik kau belajar ni je. Kalau kau buat ni da lama da kau kerja la blablabla".....Aku pun tak tahu aku akan buat benda ni. Soft skill yang aku tak sengaja belajar masa degree dulu. At one point aku pun ada rasa kenapa aku tak sambung graphic design dan seumpama je dulu. Banyak sangat aku menyimpang. At the end of the day, aku tak happy lepastu aku kena cari cara lain untuk buat benda aku happy. Struggle aku study Photoshop nak tambah skill design sendiri sebab banyak aku tak tahu. 

Ada juga haritu, Thinker Studios ada cakap pasal SPM adalah statement macam "kalau aku tahu aku nak jadi this and that buat apa aku susah susah. Terus fokus apa aku nak je la"....I mean it's easy to say kan. Aku fikir juga. Tapi nak bincangkan route aku nak sampai degree pun berbelit. Aku minat art kot. But, I never meant to dive myself into it. Yela lepas PMR aku boleh fokus terus. Tapi aku kena masuk kelas bio, sains tulen yg aku menyumpah nak belajar. Sampai la bila exam aku banyak tak boleh buat. Maybe aku boleh tapi that is not my forte honestly. Aku try buat ujian personaliti dan aku akan receive artistic or social. Da tak lepas nak ambik law aku tak boleh nak ambik masscomm aku kena ambik STPM dalam Sejarah, Geo dan BM. Okaylah aku excel. Lepastu aku lompat pula ambik psikologi yang takde kena mengena langsung dengan Sejarah, Geo dan BM. End up aku buat design freelance lepastu aku tak tahu nak buat apa. Walaupun cara aku tulis ni macam bengang je dengan apa yang aku lalui. Tak lah. Sebenarnya aku bersyukur dengan jalan yang aku ambil. Ada hikmahnya. Aku tak salahkan sesiapa pun. Mungkin Allah SWT da tulis jalan yang aku tak tahu apa menunggu aku dihadapan. 

Yang mana, benda ini membawa kepada soal nilai ilmu kembali. Ilmu yang aku dapat masa SPM, STPM dan Degree memang jauh berbeza tapi... inilah yang membuatkan aku seorang yang berpengetahuan. Aku dapat belajar macam-macam. Sekurang-kurangnya walaupun aku selalu malas dalam kelas Fizik, aku tahu apa itu hukum Fizik (yang aku ingat la), apa itu periodic table, apa itu atom, apa itu molekul, bahagian-bahagian tubuh manusia dan fungsi. The best part in psychology, aku dapat belajar proses mental manusia dan cara manusia bertingkah laku. Why this and that. Aku belajar Sejarah Islam, Dunia, lepastu at least pengajiam am aku tahu banyak pasal Malaysia, Geografi, aku tahu pasal bumi, kitaran nutrien, banjir, hakisan, belajar BM pasal tatabahasa, pasal bahasa slanga. Benda ni aku takkan dapat kalau aku tak belajar, berguru. Google memang boleh tapi sejauh mana kau faham tanpa berguru. 

Memang bila da grad dan kerja, memang nilai ilmu akan dicabar. Orang akan persoalkan, kalau end up like this and that baik tayah sambung degree. You know things like that. Tapi percayalah dengan rezeki Allah SWT dan ketinggian ilmu. Aku percaya dengan apa yang aku belajar masa darjah 6, orang yang berilmu darjatnya diangkat diakhirat nanti. Benda tu aku pegang sampai sekarang. Ada satu masa, kita sendiri akan keliru dengan apa yang kita nak buat. Kita akan persoalkan apa yang kita buat. Bagi aku, aku pun tak tahu. Takdir hidup ni misteri. Just be happy. Do something that makes you happy. Peduli la apa orang cakap. Orang tak faham struggle kita. Be happy, be strong be kind.

Comments

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH