HATI dan IMAN .

'Dalam hati setiap wanita yang bergelar muslim itu sepatutnya memang tidak berbelah bahagi diserahkan kepada Dia. Tidak belah bahagi untuk mengatakan yang Dia adalah segalanya , lebih daripada yang lain. Pada Dia diletakkan ketakutan . Pada Dia diletakkan harapan . Pada Dia diletakkan kepercayaan. Pada Dia dipohon pertolongan .Pada Dia dipintakan kasih sayang'

'Allah yang memegang hati. Allah yang membolak-balikkan hati. Allah yang memberi petunjuk dan hidayah . Allah yang mengetuk pintu hati untuk berubah. Berubah ke arah yang lebih baik atau sebaliknya . Berubah ke arah pencahayaan atau kesesatan . Allah juga yang memalingkan hati kalau kita yang terlebih dahulu yang memalingkan diri daripada Dia yang patut disembah '

Iman itu bertambah dengan ilmu , berkurang dengan nafsu .
Iman yang senipis kulit bawang ini terlalu lemah , rapuh .
Iman ini perlu bimbingan .
Iman ini perlu kekuatan dan pertolongan .
Iman ini harus kuat , harus terus bertambah .
Wahai hati jagalah Iman . genggam la hidayah .
teguh la pendirian .
AMIN .


Comments

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH