Perjalanan dan Bunga.
Diibaratkan anda berada disebuah padang yang penuh bunga. Pelbagai jenis. Bewarna-warni. Kiri kanan anda penuh. Anda berdiri di tapak permulaan. Anda dikehendaki berjalan sepanjang padang itu hingga kehujung dan memetik hanya sekuntum bunga. Hanya sekuntum disepanjang perjalanan. Syaratnya ialah anda tidak boleh menoleh kebelakang. Setapak pun. Maka berjalanlah seorang insan ditengah padang yang penuh warna, kecantikan, keindahan dengan rasa keterujaan. Berhati-hati memilih, memerhati. Di pertengahan perjalanan beliau terjumpa sekuntum bunga... Lawa. Menarik hatinya untuk memetik. Namun dalam fikirannya "Tidak mengapa. Perjalanan masih jauh. Mungkin yang kemudian ada yang lebih menarik, cantik". Lalu, dia meneruskan perjalanan dan meninggalkan bunga tadi di situ. Berjalan dan mencari hingga ke hujung. Ya sudah sampai hujung. Hampa dia tidak menjumpai walau sekuntum pun bunga yang setanding bunga di pertengahan perjalanan tadi. Syaratnya! Dia TIDAK boleh berpatah balik. Deng...