masalah
Aku terdetik nak tulis ni sebab ada orang pernah kata"you ada masalah apa je mi" dia cakap begitu hanya kerana aku tak tulis karangan panjang tentang masalah aku dekat media sosial yang dia boleh nampak. Hanya kerana aku tak tunjuk dan tak cerita bukan bermakna aku takde masalah. Hanya kerana aku gembira sentiasa tak bermakna tiada perkara yg merungsingkan. Hanya kerana aku tak berkongsi dan beritahu satu dunia aku stress tak bermakna aku selesa. Setiap orang ada masalah dan struggle sendiri. Setiap orang juga punya pilihan bagaimana mereka mahu hadap masalah mereka. Mempersoalkan seseorang mempunyai masalah atau tidak sebenarnya bukan hak kita. Bila mana kita berkongsi juga buka semua orang akan bersimpati dan berempati. Mungkin ada yang mengatakan padan muka dalam hati. Bukan cuba bersangka buruk tapi realiti mengajar kita bukan semua manusia akan bersikap telus dan jujur di hadapan kita. Tak semua akan sedih bila kita sedih. Tak semua juga akan gembira bila kita gembira. Ada benda yang perlu kita cerita dan ada benda yang mungkin layak untuk disimpan. Tak semua juga manusia akan faham keadaan kita. Latar belakang hidup kita, pendidikan kita, pegangan kita semuanya berbeza. Kita pasti memilih juga siapa yang nak kita luahkan rasa. Bukan semua akan faham tentang keluarga kita, pasangan kita atau masalah kewangan kita. Juga bagi aku tiada masalah yang terlalu kecil atau masalah lebih besar.
Kita selalu membanding sehingga masalah dan struggle hidup orang pun kita nak bezakan. Kalau kita rasa masalah orang lain kecil bagi kita tidak semestinya kecil bagi dia. Kita semua mempuyai threshold yang berbeza. Begitu juga reaksi kita terhadap masalah orang lain. Tanpa kita sedar reaksi kita bila seseorang meluahkan masalah kita memberi kesan besar pada orang itu. Kita boleh saja dengar dan cuba memahami daripada mengadili dan memberi respons spontan masalah itu melalui persepktif kita, Kita selalu fikir dari perspektif kita dan lupa perspektif orang lain itu berbeza. Apabila seseorang meluahkan perasaanya kepada kita bermakna dia percaya pada kita. Janganlah pula kita membuatkan dia merasa menyesal dengan memberikan kepercayaan kepada kita. Kalau kita tak nak cuba memahami sekurang-kurangnya cukuplah sekadar mengangguk. Simpanlah penilaian kita hanya dalam otak tanpa memberi reaksi jijik atau merendahkan. Sekian saja rant saya yang simpan berminggu-minggu. I will make sure to keep this blog update especially during this Movement Control Order.
Comments