What I Feel During CMO
Hello everything. Today is day 8th of Control Movement Order in Malaysia. Guess what? We are not at the end of 14 days but we already be informed that it will be extend to another 14 days. So the CMO will finish (hopefully) by 14th April 2020. Despite of whatever we thought and complaining but in my rational thinking I think this is for the best. 31 March adalah tempoh yang terlalu singkat untuk menamatkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berdasarkan graf kes baharu Covid19 di negara kita masih lagi belum menurun atau kata statistiknya 'we still not able to flatten the graph'. Semua orang boleh menjangkakan keadaan ini. Tiada siapa perlu disalahkan. Kerajaan sedang cuba yang terbaik. Malah bukan kerajaan Malaysia sahaja tetapi seluruh dunia sedang mencuba yang terbaik. Tiada siapa yang bersedia menghadapi musuh halus yang tak nampak dek mata kasar ini. Begitulah.
Aku suka bait doa yang dibacakan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-8 tengah hari tadi. Ayat paling aku rasa terkesan, "Engkau tiupkanlah ketenangan ke dalam jiwa kami, sesungguhnya setiap dugaan yang Kau turunkan tiadalah ia melainkan meningkatkan ketakwaan dan keimanan kami kepadaMu". Sebenarnya boleh jangka da situasi ini akan berlaku, tapi tiada siapa tahu ianya berbentuk apa. Ramai yang menjangkakan perang nuklear tetapi sebenarnya perang melawan virus. Inilah yang harus kita lalui dan kita perlu kuat. Ini bahagian kita kat dunia ini. Macam mana nak mengaku beriman kalau belum diuji? Betul banyak yang akan terkesan. Ramai. Seluruh dunia terkesan. Apa yang mampu kita buat adalah saling membantu, saling kuat. #KitaJagaKita.
Jadi apa sahaja yang kalian buat di rumah? I have to work from home. Like literally work from home sebab aku jaga operation. Nak tak nak operation still jalan. Hari-hari benda yang aku buat still kena buat tanpa culas sebab home delivery masih berjalan. Kalau home delivery stop mungkin aku boleh lepak layan Netflix time waktu kerja macam orang lain sebab boss takde kat rumah. Tapi aku tak boleh, 9:30 pagi aku da kena buka laptop, connect VPN, run report, check email semua. Lunch macam biasa. Sambung balik kerja. Report masuk pukul 4:30 petang kena siapkan dan hantar. Macam itulah hari-hari, kadang-kadang ada conference call la apa la. Memang tak boleh nak main-main. Environment je berbeza, secara kesimpulan aku tak rasa kerja ini sesuai untuk aku buat dari rumah. I am not sure if work from home is not suitable for me or this type of work is not suitable to do from home.
Keadaan sekarang sebenarnya secara tak langsung buat kita lebih hargai apa yang kita ada sebelum ni kan. The Monday blues we always complaint, kena fikir lunch apa setiap hari, nak pakai apa, pergi balik kerja penat. Actually all of that little things is the things that we always take for granted without we realized. I don't lie when I said I always love to go to work despite whatever challenge. Especially my work environment right now. Stress free. Staying at home is only choice I have on weekend. School, college, work always be my escapism. Now I can't escape. Seeing the same face everyday. I do not mean I don't like to be around them but sometimes you just need to get out. This is how it feels when our freedom have to be taken away from us and you don't have a choice. 2020 is something else man. I am not gonna lie. I don't know how and why but I had imagined this would happen but I don't expect this is for real because honestly I am not prepare.
Moving on now, plus minus we have another 20 days to work from home and to hope and pray that everything will be fine before we start our Ramadan. This year Ramadan and Raya sure gonna be different. Sebenarnya nak tulis post tajuk "What I Want to do After We Finish CMO" tapi jadi macam post what I feel during CMO. Aha. So, that will be next post. I honestly miss to have deep and heavy conversation with people about my personal view on current situation. Here(at home) who want to listen? So, I rant here. Buat ig live pun tak ramai orang. Aha.
Akhir sekali, marilah kita sama-sama doa okay. Doa dan doa moga semua iini berakhir dengan cepat. Allah SWT janji bersama kesusahan ada kesenangan. Aku doa mak cik yang jual nasi lemak pagi-pagi, yang jual makanan kat tepi LRT, mak cik yang jual jeruk mangga, abang yang meniaga nasi kak wok kat pasar, pak cik yang jual cendol, abang yang jual bihun sup utara kat uptown semua ni yang terjejas Allah SWT beri pertolongan. Moga mereka kuat dan moga akan lebih banyak kebahagian dan kesenangan mendatang buat kita. Moga Tuhan ampunkan doa kita kerana lalai dan selalu lupa Dia. Aku doa semua kita kuat. Jaga diri okay. Moga selamat selalu kat semua orang. Termasuklah barisan hadapan yang tak pernah berhenti berjuang. Semoga Tuhan jaga dan lindugi kalian. Moga semua yang sakit segera diberi kesembuhan. Semoga juga semua ini menjadi asbab dan pengajaran buat kita mejadi lebih baik dan bersedia untuk masa hadapan.
Comments