Tips & Thought : Dilema pilih U & Kos // Lepasan SPM & STPM
Updated dari post sebelum ni UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH . Selepas 2 tahun aku akan berikan gambaran dan beberapa info tambahan. Post sebelum ini mungkin lebih teknikal. Ini lebih kepada perspektif emosi dan sebagainya.
1. Perkara pertama yang anda perlu tahu dalam
memilih IPT atau kos dalam UPU nanti ialah apa yang anda mahu? Tanya
diri anda apa saya nak jadi? Kenali diri anda, apa kekuatan saya? Mengira? Membaca?
Dimana dan siapa diri anda yang anda mahu lihat 5 tahun akan datang. Memilih
IPT dan kos adalah langkah pertama untuk anda capai apa yang anda mahu.
Banyak benda perlu diambil kira dalam membuat pemilihan. Kita semua mahukan
pilihan yang terbaik. Kita takkan tahu pilihan kita itu betul atau salah kalau
kita tak memilih dahulu.
2. Bila dah kenal pasti apa yang anda mahu. Masa ni
la kena banyak baca, bertanya dan buat kajian bagaimana anda nak mencapai
perkara tersebut. Contoh, jika anda seorang pelajar lepasan SPM dan mahu
menyambung bidang undang-undang, kenal pasti bagaimana cari nak sambung dalam
bidang undang-undang. Apa yang diperlukan untuk menyambung bidang
undang-undang. Laman web yang akan banyak membantu anda tentang perkara ini
ialah laman web upu sendiri. Anda boleh lihat IPT, kos yang ditawarkan
dan syarat-syarat yang diperlukan. Link UPU http://upu.mohe.gov.my/web/
3.
Perkara seterusnya yang paling penting untuk
diambil kira ialah keputusan anda. Perkara inilah penting untuk kita meletakkan
target untuk capai keputusan kita. Bila kita ada yang terbaik, kita boleh
dapatkan yang terbaik. Tapi bergantung juga, kalau kita ambil subjek berkaitan
perakaunan masa SPM dan lompat ke aliran sains masa di IPT agak susah
kecuali jika ke IPTS atau menggunakan jalan yang lain sikit dari orang lain. Di
mana memerlukan usaha yang lebih kuat. Banyak perkara perlu dilakukan. Jadi
penting untuk kita tahu keperluan yang perlu dipenuhi untuk kita melanjutkan
pelajaran dalam bidang yang kita mahu. Contoh saya mengambil subjek sains tulen
sewaktu SPM, dan subjek yang melibatkan pengiraan sepeti fizik dan kimia
bukanlah kekuatan saya. Saya tidak memohon untuk matrikulasi. Satu-satunya
harapan saya ialah Asasi Undang-undang. Syarat minima lepas, tapi disebabkan
persaingan, 4A tak cukup untuk membolehkan saya mendapat tempat dan akhirnya
membawa saya ke STPM. Masa nak pilih subjek di STPM pun saya diberi pilihan dan
masa tu saya tanya cikgu, cikgu kalau saya nak sambung Law nanti apa yang
sesuai dan masa tulah saya dapat decide nak ambil Pengajian Am, Geografi,
Sejarah dan Bahasa Melayu tanpa saya sedar akhirnya membawa saya menjadi
pelajar prasiswazah Psikologi di UKM.
4.
Sentiasa dan sentiasa tahu apa yang kita nak.
Walaupun kita akan sentiasa keliru, tapi kita kena selalu fikir apa yang kita
mahu seiring dengan apa yang kita nak capai, persekitaran kita, semua kena
fikir. (Maaflah dah semakin dewasa ni pemikiran memang bukan semudah yang kita
sangka ya adik-adik). Kadang-kadang walaupun da pilih kos yang kita mahu pada
awalnya, mungkin pada tahun ketiga atau terakhir kita akan fikir balik betul
kea pa yang aku buat ni. Itu adalah perkara biasa yang kita lalui dalam hidup.
Disinilah peranan kepercayaan kepada Tuhan, takdir dan rezeki perlu diterapkan
dalam diri kita.
5.
Rajinkan diri anda buat research apa yang anda
mahu, jika nak ambil kos Antropologi dan Sosiologi, ketahui kos itu tentang
apa, apa peluang pekerjaan untuk kerja tersebut, apa yang akan pelajari melalui
kos tersebut. Anda generasi Z yang segalanya dihujung jari, apa yang anda perlukan
ialah mengoptimumkan peranti pintar dan internet untuk mencari dan mengetahui
apa sahaja yang anda mahu.
6.
Be realistic. Always be realistic. Nak jadi apa?
Ketahui apa yang anda mahu dalam hidup? Nak belajar sebab ilmu? Sebab nak gaji
yang banyak? SO kalau nak belajar, sebab kerja bagus, sebab nak gaji bagus jadi
bekerja keraslah seperti itu. Apa yang kita usaha akan setimpal dengan apa yang
kita dapat.
7.
Pekara-perkara lain yang perlu diambil kira
semasa memilih university mungkin kena ambil kira persaingan. Urutan pemilihan
yang anda letak di dalam UPU juga memberi pengaruh kepada anda. Selalunya pilihan pertama akan diambil kira
dahulu, baharulah pilihan seterusnya.
8.
Anda juga perlu bersedia dengan kos, jarak yang
anda mahu. Kalau kos yang anda nak ada di universiti yang jauh dari rumah. Tak
mengapa, tapi seronok lain macam dapat uni yang dekat rumah ni sebenarnya.
Konsep rezeki juga perlu ditekankan di sini. Kita kena korbankan sesuatu untuk
capai sesuatu. Kena selalu ingat tu. Kita manusia, kita tak boleh ada semua.
Tapi pastikan pengorbanan tersebut berbaloi.
9.
Pemilihan untuk kos dan IPT selepas SPM
dan STPM adalah satu langkah pembelajaran, pembelajaran menjadi dewasa dan
lebih mengetahui apa yang kita mahu. Percaya pada diri anda, yakin dengan apa
yang anda mahu dan semoga berjaya.
10.
Things about UPU: Keep update dengan UPU. UPU
ada page FB. Dekat situ awak boleh keep update semua perkara anda mahu. Jika
terdapat masalah jangan takut untuk telefon no UPU. As far as I know, they’ve
been so helpful and friendly to me. Isi semua pilihan yang ada. Pilihan dalam
UPU adalah penting untuk IPTA. Kena tahu bila
tarikh tamat permohonan. Setahu saya sekarang takde limit berapa kali nak
update. So if you are not sure boleh je tukar. Kalau dulu ada limit 3 kali
sahaja. Ni link FB page rasmi UPU https://www.facebook.com/Kemasukan-BPKP-JPT-FB-rasmi-UPU-646433295426674/?fref=ts
Comments