Tips & Thought : Dilema pilih U & Kos // Lepasan SPM & STPM

Updated dari post sebelum ni UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH . Selepas 2 tahun aku akan berikan gambaran dan beberapa info tambahan. Post sebelum ini mungkin lebih teknikal. Ini lebih kepada perspektif emosi dan sebagainya.

1.  Perkara pertama yang anda perlu tahu dalam memilih IPT atau kos dalam UPU nanti ialah apa yang anda mahu? Tanya diri anda apa saya nak jadi? Kenali diri anda, apa kekuatan saya? Mengira? Membaca? Dimana dan siapa diri anda yang anda mahu lihat 5 tahun akan datang. Memilih IPT dan kos adalah langkah pertama untuk anda capai apa yang anda mahu. Banyak benda perlu diambil kira dalam membuat pemilihan. Kita semua mahukan pilihan yang terbaik. Kita takkan tahu pilihan kita itu betul atau salah kalau kita tak memilih dahulu.

2.    Bila dah kenal pasti apa yang anda mahu. Masa ni la kena banyak baca, bertanya dan buat kajian bagaimana anda nak mencapai perkara tersebut. Contoh, jika anda seorang pelajar lepasan SPM dan mahu menyambung bidang undang-undang, kenal pasti bagaimana cari nak sambung dalam bidang undang-undang. Apa yang diperlukan untuk menyambung bidang undang-undang. Laman web yang akan banyak membantu anda tentang perkara ini ialah laman web upu sendiri. Anda boleh lihat IPT, kos yang ditawarkan dan syarat-syarat yang diperlukan. Link UPU http://upu.mohe.gov.my/web/

3.       Perkara seterusnya yang paling penting untuk diambil kira ialah keputusan anda. Perkara inilah penting untuk kita meletakkan target untuk capai keputusan kita. Bila kita ada yang terbaik, kita boleh dapatkan yang terbaik. Tapi bergantung juga, kalau kita ambil subjek berkaitan perakaunan masa SPM dan lompat ke aliran sains masa di IPT agak susah kecuali jika ke IPTS atau menggunakan jalan yang lain sikit dari orang lain. Di mana memerlukan usaha yang lebih kuat. Banyak perkara perlu dilakukan. Jadi penting untuk kita tahu keperluan yang perlu dipenuhi untuk kita melanjutkan pelajaran dalam bidang yang kita mahu. Contoh saya mengambil subjek sains tulen sewaktu SPM, dan subjek yang melibatkan pengiraan sepeti fizik dan kimia bukanlah kekuatan saya. Saya tidak memohon untuk matrikulasi. Satu-satunya harapan saya ialah Asasi Undang-undang. Syarat minima lepas, tapi disebabkan persaingan, 4A tak cukup untuk membolehkan saya mendapat tempat dan akhirnya membawa saya ke STPM. Masa nak pilih subjek di STPM pun saya diberi pilihan dan masa tu saya tanya cikgu, cikgu kalau saya nak sambung Law nanti apa yang sesuai dan masa tulah saya dapat decide nak ambil Pengajian Am, Geografi, Sejarah dan Bahasa Melayu tanpa saya sedar akhirnya membawa saya menjadi pelajar prasiswazah Psikologi di UKM.

4.       Sentiasa dan sentiasa tahu apa yang kita nak. Walaupun kita akan sentiasa keliru, tapi kita kena selalu fikir apa yang kita mahu seiring dengan apa yang kita nak capai, persekitaran kita, semua kena fikir. (Maaflah dah semakin dewasa ni pemikiran memang bukan semudah yang kita sangka ya adik-adik). Kadang-kadang walaupun da pilih kos yang kita mahu pada awalnya, mungkin pada tahun ketiga atau terakhir kita akan fikir balik betul kea pa yang aku buat ni. Itu adalah perkara biasa yang kita lalui dalam hidup. Disinilah peranan kepercayaan kepada Tuhan, takdir dan rezeki perlu diterapkan dalam diri kita.

5.       Rajinkan diri anda buat research apa yang anda mahu, jika nak ambil kos Antropologi dan Sosiologi, ketahui kos itu tentang apa, apa peluang pekerjaan untuk kerja tersebut, apa yang akan pelajari melalui kos tersebut. Anda generasi Z yang segalanya dihujung jari, apa yang anda perlukan ialah mengoptimumkan peranti pintar dan internet untuk mencari dan mengetahui apa sahaja yang anda mahu.

6.       Be realistic. Always be realistic. Nak jadi apa? Ketahui apa yang anda mahu dalam hidup? Nak belajar sebab ilmu? Sebab nak gaji yang banyak? SO kalau nak belajar, sebab kerja bagus, sebab nak gaji bagus jadi bekerja keraslah seperti itu. Apa yang kita usaha akan setimpal dengan apa yang kita dapat.

7.       Pekara-perkara lain yang perlu diambil kira semasa memilih university mungkin kena ambil kira persaingan. Urutan pemilihan yang anda letak di dalam UPU juga memberi pengaruh kepada anda.  Selalunya pilihan pertama akan diambil kira dahulu, baharulah pilihan seterusnya.

8.       Anda juga perlu bersedia dengan kos, jarak yang anda mahu. Kalau kos yang anda nak ada di universiti yang jauh dari rumah. Tak mengapa, tapi seronok lain macam dapat uni yang dekat rumah ni sebenarnya. Konsep rezeki juga perlu ditekankan di sini. Kita kena korbankan sesuatu untuk capai sesuatu. Kena selalu ingat tu. Kita manusia, kita tak boleh ada semua. Tapi pastikan pengorbanan tersebut berbaloi.

9.       Pemilihan untuk kos dan IPT selepas SPM dan STPM adalah satu langkah pembelajaran, pembelajaran menjadi dewasa dan lebih mengetahui apa yang kita mahu. Percaya pada diri anda, yakin dengan apa yang anda mahu dan semoga berjaya.

10.   Things about UPU: Keep update dengan UPU. UPU ada page FB. Dekat situ awak boleh keep update semua perkara anda mahu. Jika terdapat masalah jangan takut untuk telefon no UPU. As far as I know, they’ve been so helpful and friendly to me. Isi semua pilihan yang ada. Pilihan dalam UPU adalah penting untuk IPTA. Kena tahu bila tarikh tamat permohonan. Setahu saya sekarang takde limit berapa kali nak update. So if you are not sure boleh je tukar. Kalau dulu ada limit 3 kali sahaja. Ni link FB page rasmi UPU https://www.facebook.com/Kemasukan-BPKP-JPT-FB-rasmi-UPU-646433295426674/?fref=ts

Comments

Lennon said…
Hi sis, saya bercadang untuk ambil law di Uitm @ UKM. Bagi kakak, adakah itu realistik dgn result stpm 3.75?
Unknown said…
hai..good sharing....btw-jika ada adik2 minat nak masuk dip in pendidikan awal kanak kanak under upsi-bole wsp sis trus 011-16930576-sis advice

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH