Review: NGERI


Tajuk Buku : NGERI
Penulis: Gina Yap Lai Yoong
Terbitan: Buku FIXI

NGERI – Gina Yap Lai Yoong

Mungkin ini antara terbitan FIXI yang jadi Bestseller. 2017 aku baru baca, lambat sikit. Itupun sebab bosan sangat dan sebab da lama tak baca FIXI so just give it shoot. Dalam masa 4 jam aku berjaya habiskan. Memang tema kegemaran aku la thriller, crime dan penyiasatan ni. Overall, jalan cerita sangat bagus. Aku da tahu siapa pembunuh dari awal dah sebenarnya. Da boleh agak, tapi aku tak sangka akhir dia ada orang lain. Susah nak suspek orang kedua yang terlibat. Bagi sebuah buku yang ada tema penyiasatan sangat baik penulisannya. Cuma bahasa agak baku mungkin sebab Bahasa Melayu bukan bahasa pertama penulis tapi masih ditulis dengan baik dan mudah difahami. Nanti aku sambung dengan MANGSA aku akan update lagi bagaimana. Untung aku dapat baca buku yang dah ditanda tangan. Rajin betul kesayangan pergi ambil signature penulis. hee 

Comments

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016