Sebab Kita MANUSIA BIASA . Mudah LUPA , Sering Leka dan Selalu TERLALAI.

Iman manusia ada turun naiknya . Itulah gunanya kawan untuk mengingatkan . Sama-samalah kita saling meingatkan antara satu sama lain :)




Ada orang mengaku dirinya alim , berjubah ,berserban ,berjanggut , tapi hatinya kotor . Alim disisi manusia tapi hina disisi Allah . Allah tidak memandang pada paras rupa , tapi pada hati yang bersih dan suci .


Solat . bukanlah perkara yg ditunjuk-tunjuk . Jangan jadi orang yg kufur nikmat .Melakukan sesuatu bukan kerana Allah semata-mata. Allah itu Maha Mengetahui , biar orang mengata sebab mereka tak lihat , tak tahu .Tapi yang penting Allah Maha Tahu . buatlah , tunaikan lah segala perintahNya dengan niat hanya kerana Allah semata-mata . Biarpun waktu bercinta , biarpun waktu makan , biarpun waktu membeli-belah . . Ingatlah semuanya hanya kerana Allah . Kerana Dia Pencipta yg memberikan kita segala nikmat . Nikmat Oksigen free , nikmat kesihatan free , kecantikan free , ayah ibu free , adik-adik free , kawan-kawan free. Bersyukurlah . Takkan mampu kita membayarnya dengan wang ringgit walaupun kita seorang Jutawan . Lihat , Steve Jobs meninggal sebab kanser walaupun duitnya banyak tiada nikmat kesihatan semuanya tiada nilai .


Mulai hari ni selalu lah mengingatkan diri kita untuk melakukan sesuatu hanya kerana Allah . contoh: belajar kerana Allah suruh kita menuntut ilmu bukan hanya kerana SPM .
Ingat ! Solat bukannya untuk ditunjuk-tunjuk .Allah tak suka orang yg ria' dan takbur. sebab itu antara golongan yg ramai masuk neraka diakhirat nanti golongan yg bersolat .jadi hindarkanlah diri kita dari tergolong dalam golongan itu.


sama-sama lah kita mengingati terutama pada diri saya sendiri .
sebab kita manusia biasa bukan MALAIKAT bukan RASUL . Mudah LUPA . sering LEKA . Selalu TERLALAI .


Terima Kasih Allah .I love Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016