Hi YOU.Yes YOU.YOU reading this .YOU're BEAUTIFUL:>

Assalamualaikum. hello peeps ;> ouh saya tak berapa nak sihat.dan ouh tidak paper Chemistry dan Biology menanti .


Pertamanya , saya tulis pasal Nazmi Faiz tu sekadar suka-suka jee .Saya kan blogger, saya tulislah apa yg saya suka . Tak jangka pun ada orang nak baca .apa-apa pun Terima Kasih okay .Walaupun gambar Muhd Nazmi Faiz Mansor dah tak melekat di sidebar---> tapi cerita pasal dia , kerjaya Nazmi dalam bola sepak , cerita bola ada lagi .kat bawah gambar Harimau Muda tu ada link. jadi kalau korang nak baca dan nak tahu pasal Harimau Muda bolehlah klik kat ayat-ayat bawah gambar tuh . :}


Keduanya, eh sukati saya lah nak letak gambar dia ke nak delete ke . hee, takde gurau . sebenarnya saya rasa rimas la pulak letak gambar buah hati orang kat blog ni .melekat pulak tu kat situ . (siapa suruh letak samdoll) .haha.Jadi saya delete la tapi itu tak bermakna saya dah tak minat Nazmi Faiz lagi tapi , dia tak cukup istimewa lagi lah nak duduk situ lama-lama .haha . Pemain bola je kot .watlek dah :>
-Sometimes ,I wish you'd pay more attention to my favourite songs because the lyrics sing words i'm too scared to say-credit to the song :Carta Hati by Najwa Latif .
Sampai satu tahap , sebrutal mana pun aku , setembok mana pun aku , sejujur mana pun aku , sematang mana pun aku , sekental mana pun aku , sekering mana pun aku . .Aku masih lagi mempunyai perasaan suka dalam diam pada seseorang . dalam bahasa penjajahnya CRUSH on someone(hanya seseorang biasa bukan Nazmi Faiz semestinya) . lolz. 


Pertama aku tak harap dia tahu .Kedua aku tak ingin ambil perhatian dia dengan cara gedik dan anoyying .Ketiga aku lebih suka keadaan mcm ni . Dia senyum aku tengok . cukup .haha~
kalau dia tak suka aku balik ke , aku syok sendiri ke , perasan ke .aku pedulik apa bukan dia tahu pun . Aku tahu aku ni outspoken , gila-gila  ,sengal , selekeh , gemuk dan comel(merepek) .dan macam-macam lagi yg rasanya tak macam perempuan idaman mana-mana lelaki pun tapi lantakla .yg penting aku bukan plastik yg mengambil masa beribu tahun untuk lupus tu ^^ haha . Serius wei aku cakap betul , kebanyakan budak lelaki  suka kawan dengan aku  , lepak , luahkan masalah dan segalanya lah kat aku . tapi jadi awek sumpah kalau dia tak tahan 'Makan hati berulam jantung' (kalau kawan lelaki aku, faham lah). Kalau Syazmir kata :Aku ni satu dalam seribu . (cehh poyo) maknanya Soulmates aku nanti satu dalam seribu jugak lah kan .haha
"Jodoh tu macam rezeki juga .Kita kena usaha dan doa barulah dapat .Bukannya jodoh turun dari langit"-TentangDhia 


Anyway aku lebih suka cara . follow the flow . Beryukur dan hargai apa yg kita ada. Nikmati setiap momen .dan paling penting percaya dan yakin kepada Allah SWT. yaa , thats my way ;>


Oleh kerana itu , sumber inspirasi teruslah jadi sumber inspirasi . Senyum dan teruslah senyum . dan akhir sekali Saya suka tengok Awak tunjuk gigi :D ngeeee~

Comments

HF said…
"Pertama aku tak harap dia tahu. Kedua aku tak ingin ambil perhatian dia dengan cara gedik dan anoyying. Ketiga aku lebih suka keadaan mcm ni. Dia senyum aku tengok."

Oke, sebijik macam saya. :')

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016