SPM . TAKUT .RISAU .DILUPAKAN.

Peperiksaan SPM betul-betul lagi beberapa hari je lagi . Masa , macam biasa tetap akan berlalu dan terus berlalu . Dan oleh itu , saya dengan setulus ikhlasnya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dan dihalalkan segalanya . #amanah , makan minum . Berlapang dadalah sesama kita okay .? serius saya tak mahu menyimpan dendam pada sesiapa . Jangan simpan dalam hati okay ;) 
#pusing macam mana pun . dunia ni bulat , (sfera) jadi konklusinya 'Tiada siapa yg sempurna' 


14.November. hingga 30 November . saya akan berperang . dan dalam tempoh satu bulan zaman persekolahan saya akan tamat . cuba teka apa ujian peringkat awal yg saya dapat  . . selsema , batuk dan demam segala termasuk pakej segala badan sakit , betul-betul seminggu sebelum peperiksaan (sekarang pun tengah sakit lagi) . dos ubat semakin bertambah . sebab nak sihat cepat .
#Harus REDHA kerana saya YAKIN dan PASTI . Hebat dugaan ALLAH , hebat lagi nikmatNya .


Dan , semakin nak dekat periksa , emosi semakin terganggu . Melihat ke masa lalu, mengimbas kenangan indah bersama . saya takut . saya dihantui . dihantui dan takut dilupakan . perkara yg paling saya risaukan . saya takut sangat dilupakan . risau ? itulah yg berlegar dikepala saya . adakah saya nanti akan dilupakan .? adakah saya nanti akan diganti ? adakah segalanya akan sama tanpa saya ? atau saya sebenarnya tak merubah apapun dala hidup mereka ?
#walauapapun terjadi hidup perlu diteruskan . Menghadapi perubahan adalah perkara tebesar yg perlu dihadapi seseorang . 


#sekian .dengan tulus rasa kasih dan sayang . Asmi Asmidar . calon SPM 2011 . doakan kejayaan saya . saya juga mendoakan kejayaan kita bersama . Semoga segala urusan dipermudahkan . dan semoga kita mendapat pilihan yg terbaik untuk dunia dan akhirat . Amin . 


#worry to be forgetten . afraid to say goodbye . Please don't . 

Comments

Naurah said…
good luck dear (: surely boleh score doa banyak2 ((:

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH