Happy Eid-ul Fitr :)

Assalamualaikum semua :) Salam Aidilfitri Minal Aidil wal Faidzin :)

Sayu hati ini makin sayu , rinduuuuuuuu uuuuuu terkenangkan desa permai tsktsk ... wajah ayah bonda *eh ayah bonda ada sini.. parody . suasana kampung bermain di mata , mengajak ku pulang ke desa dihari bahagia hari raya .....*muzik* ....lama ku tunggu bertemu dihari mulia , namun tidak kesampaian airmata jatuh berlinangan ... :( ku ingin berualang manisnya bersama menyambut hari bahagia ,jarak memisahkan rindu pertemuan bilakah hasrat jadi nyata . JAUH DARI MATA DEKAT DALAM JIWA TEGUH KASIHKU TIDAK BERUBAH .
leleh dengar lagu ni , serious tak tipu ... dah 3tahun tahu tak balik raya kat kampung , even kat sana dah takde opah atuk . tapi ......still kemeriahan kat sana dengan kat sini tak sama .Dah bosan raya kat Gombak ni . benda sama tiap tahun , tak rasa suasana raya . takde bakar lemang , takde main mercun yang betul punya kaw bunyi dia , takde semua tu takde . serious rindu rindu sangat . rindu dengan achik kat sana , anjang , sepupu semua . rindu suasana dulu , masa semua balik kampung , berebut bilik air ? kecik punya hal . how time flies and everything changes . To face all the changes really make me strong ~

Lagi pula , malam raya adik-adik sepupu kat kampung telefon Ayah . memang touching la , kami tak balik . kalau kami rindu mereka mesti mereka lagi rindu kami :( Dah la takde sape balik , yang ada pun Achik kat sana . Mak Yang balik hari ni , mungkin mampu ubat kerinduan mereka . harapnya :/ Untung sebenarnya adik-beradik ramai ni , mungkin masa kecik susah sikit tapi bila dah besar nanti meriah dan seronok sangat . Adik-beradik Mida ada 8orang :) Insya-allah satu hari nanti kemeriahan nya akan diwarisi pada 'anak-anak' kami lulz . Apalagi tak raya dah KL ...Apa-apa balik Kuale jela :)

But when I realize the reality ... aku ni tak dapat balik kampung je dah nak leleh , mak ayah adik-adik raya sama , ada orang lagi sedih takde mak ayah dah . apa ni Mida . bersyukurla stop sedih stop !




Okay ini ucapan dari saya dan rakan-rakan Pra-U :)

Anyway readers *whos read my blog raya ni ? lulz*
Happy Eid Mubarak :)
Saya memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan saya serta kekurangan sepanjang perkenalan kita :)
Semoga anda berbahagia disamping orang tersayang dihari lebaran yg mulia ini ^^
Taqabalallahuminnawaminkum :)
okay . dah habis sah .. lega `BYE . Have a great Eid .yang balik kampung ke nak pergi mana-mana berhati-hati dijalan raya :)xx

Comments

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH