Aku Juga Masih Belajar Erti SOLEHAH :)

Assalamualaikum wrt bakal ahli syurga :) 
Hasbiallah wanikmal wakil , wanikmal maula , wanikmal nasir , Hasbiallah wanikmal wakil , wanikmal maula , wanikmal nasir , Hasbiallah wanikmal wakil wanikmal maula wanikmal nasir .Cukuplah Allah bagiku sebaik-baik pelindung ,sebaik-baik penjaga ,sebaik-baik penolong . 


Alunan zikir ini berterusan bermain diminda dan di lidahku . Subhanallah . Gembiranya tatkala mengalunkan zikir ini .... Hati rasa tenang , tenang ...jauh lebih baik dari lagu One More Night dari Maroon 5 . Pastilah lebih baik . Kerana kalimat itu kalimat memuji Allah SWT ....bukan kata-kata yg sia-sia .....Maha Suci Allah . Tiada tandingan untukNya . 


Hidayah itu mampu datang dalam pelbagai cara . Apa jua keadaan . 'Beruntunglah sesiapa yang memanfaatkan hidayah dariNya .Hadiah jiwa hanya untuk mereka yg terpilih. Pelihara , pulihara dan penjarakan ia jangan sampai terpergi lagi'. "Ya Tuhan kami , Janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami ,dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau ,kerana sesungguhnya Engkaulah pemberi (kurnia)"-Surah Ali Imran ayat 8.Amalkan lah doa ini setiap kali bersolat Insya-allah hidayah itu akan sentiasa dapat kau lihat . dalam pelbagai cara ,maklumlah kita manusia sering lupa . Adakala benda yg remeh pada orang lain mampu melembutkan hatimu dan padamu ianya sesuatu kurniaan dari Allah SWT ..hidayah itu teramat-amat indah untuk kau hayati . teramat istimewa , saat kau benar memperolehnya yakinlah . Yakinlah .itu hidayah dari Allah SWT dan jangan sesekali mensia-siakannya .

Biar aku cerita kan kisah yg baru benar berlaku padaku , Subhanallah bersyukur aku kerna aku diantara yg diberi hidayah ....Baru semalam ketika aku sedang asyik menonton sebuah rancangan raya di tivi , waktu itu sekitar satu atau dua pagi . Bukan aku asyik terlagha tapi aku mempunyai masalah untuk tidur , aku hanya menonton sekadar untuk meralit mata.... Ketika iklan , sebuah slot baharu ditayangkan 'FIQH UNTUK WANITA' Setiap Jumaat . 1.00 petang ..Tanpa terduga , tajuk yg diperkatakan Ustazah itu ialah 'suara wanita yg dilunakkan itu merupakan AURAT' ......Masyaallah , saat itu aku tersedar ...betapa banyak kali aku mendedahkan aurat suaraku .... Ya Allah , baru aku tersedar ... tersedar yang amat . Aku tertanya sendiri. 'Eh , kenapa perlu aku menyanyi' 'apa perlu aku melunakkan suara' untuk menunjuk perasaan riak ?? Bangga ?? !! Sungguh aku ini hanya manusia yg hina menganiaya diri sendiri , hanya melakukan kerosakan di bumi Allah SWT ini !!!!!!! Saat itu juga aku mahu membuang semua video yang pernah aku post di Youtube . Malangnya , ada sesuatu tidak mengizinkan . Tetapi sebelum mata terlelap aku sudah bertekad. Biarlah apa jadi tekadku sudah bulat . Alhamdulillah :) Dipermudahkan , balik dari sekolah terus aku DELETE semua video .

'Apa yang ditinggalkan kerana Allah , pasti bertemu kemanisan. Apa yang dilakukan kerana Allah , pasti bertemu ganjaran :)' Subhanallah . hebat bukan ? Biar tak diminati tapi dihormati . A girls who says a lot of guys after her must remember that cheap things always attract more customers. Jadi mahalkan cintamu , mahalkan juga dirimu , dan jaga maruahmu wahai wanita.Biar si jejaka tahu bukan mudah mendapatkanmu , kerna dia perlu tahu yg terutama cintamu hanya kerana ALLAH SWT . Benda yg susah dapat selalu akan dihargai dan dijaga rapi .




Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya . Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya .Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya .
Changing from bad to good is a long-term adventure, but it is wonderfulllll:D
"Aku keliru apakah ertinya kecantikan wanita dimata lelaki ? Adakah pada susuk tubuh yg menggiurkan ?Atau pada akhlak yg menawan ?Biar apa pun jawapannya , aku tetap aku . Aku seorang wanita .Fitrahku sukakan diri cantik jelita . Namun , bukan kecantikan di mata manusia .sebaliknya ..Aku mencari kecantikan yg diiktiraf Tuhan !"-cc Kak Farah Lee @ farahinlee.blogspot.com ^^ 


Harga diri seorang wanita terletak pada sifat malunya  .Malunya kepada Allah.Malunya melakukan dosa.


Aku tahu aku bukanlah yang terbaik , tak sesempurna dan sesuci Siti Khadijah , Siti Aisyah atau Rabiatul Adawiyah . Terlampau jauh untuk aku capai tahap itu , terlampau jauh ya Allah . namun aku pasti aku masih mampu menjadi mawar syurgaMu. Aku tahu kau sentiasa menerima taubat hambaMu yang hina ini . Walau rasa hina dan lemah tetap ku takkan pernah mengalah untuk memohon ampun padaMu . Biar aku tebalkan rasa malu membuat maksiat , tapi akan ku buang rasa malu memohon taubat . Ya Allah sempurnanya cintaMu . Ya Allah , kepadaMu aku abdikan diri , kepadaMu ku serahkan jiwa dan raga ,kepadaMu cintaku bertakhta . Kau sentiasa teratas di carta hati . Kekal selamanya begitu .
Aku tahu aku masih belum layak untuk melangkah ke syurgaMu ,namun akan ku terus mencuba mengejar cintaMu . Biar semua tahu . Aku tak malu meluahkan rasas cintaku padaMu . Tidak ! Aku BANGGA dan bersyukur dan merendah hati kerana  nikmat yg Kau beri .



Wahai sahabat ,
Jangan kau sangka indah madahku bermakna sempurnanya diriku , 

Tidak tidak . aku belum sempurna , aku masih belajar apa itu erti Zuhud , apa itu Tawadhu' , apa itu Istiqamah , aku masih memahami erti semua sifat mahmudah itu untuk mengecapi erti SOLEHAH ..

Sesungguhnya Allah Maha Tahu .
Sesungguhnya aku sepertimu sahabat , masih mencari masih tercari , masih belajar , masih cuba mengerti .
Bersama lah kita mengejar cinta Ilahi . Jangan pernah mengalah ! Mari kita bersama berjuang ke jalan mujahadah .Mari kita , biar mula dari bertatih Insya-allah nanti kau mampu berlari mengejar dan mendapatkan cintaNya .
Mari sahabat Mari ...
Sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka . Pintu syurga tersedia untuk hambaNya :)
dan akhir sekali aku doakan agar SOLEHAH itu dapat sama kita kecapi !
Allahuakbar !!



Comments

ciK LyndaWawa said…
jagalah dirimu sayang.....=]

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016