Review: Liar
5 tahun lepas aku ada review buku 7 Tahun 7 Hari oleh Diana Nuzuin. Lepas 5 tahun DN terbitkan buku baharu LIAR. Aku tak tunggu da, malam dia release aku terus beli. Keesokan hari selepas buku sampai aku terus baca. Bila start baca perasaan aku mula bercampur-baur. DN berjaya tulis setiap perasaan aku yang tak terluah dengan baik. Aku tak tahu macam mana but somehow aku rasa relatable? Aku bukan rasa aku faham tapi aku suddenly rasa difahami? Setiap tulisan entah macam mana membuka luka-luka lama. Bila habis satu chapter aku termenung. Aku terimbau benda lalu lepastu aku tanya kenapa sama rasa ni. Kenapa aku ada rasa ni. Kenapa kau rasa nak tulis juga. Overall look, kemas dan cantik. Cover dan penanda buku sangat cantik. Aku lebih suka kertas recycle berwarna coklat kerana rupa dan baunya tapi aku rasa kosnya pasti lebih mahal. Ini pun sudah cukup baik. DN ada buat satu playlist kat Spotify untuk dibaca dengan buku ni. Aku rasa sesuai semua lagu dalam playlist tu.
Entah kenapa aku rasa ini tak jadi review, ini jadi cerita dan luahan perasaan aku. Dalam Pembaca Setia aku tahu macam mana rasa cinta yang pertama itu harus kepada Dia. Aku selalu cakap dengan diri aku supaya sayang diri aku jadi bila aku kehilangan aku tetap ada diri aku. Walau kadang tergelincir tetapi aku masih tetap teguhkan hati untuk berpegang pada yang satu itu.
Entah kenapa dalam Dendam Terbaik aku dapat rasa benda tu menusuk. Sungguh aku rasa benar dendam terbaik itu adalah dengan memaafkan. Aku kadang pun masih confuse cinta sekarang yang mana satu. Aku pernah rasa dicurangi, dikhianati dan ditipu. Aku harap yang ini biarlah sampai bila-bila. Paling kelakar dendam aku belum jadi yang terbaik.
Aku turut terkesan dengan silent reader. Pada satu hari minggu aku decide untuk remove semua follower Twitter aku dari 1300 kepada 188. Aku protect kejap tweet aku. Aku secara tiba-tiba tak mahu ada silent reader yang bergembira hanya kerana aku sedang jatuh dan lemah.
Lelaki-Behind-The Scene, aku pernah jumpa sekurang-kurangnya 2 lelaki macam 'Nik' dalam hidup aku. Sentiasa ada sentiasa mendengar sentiasa menyelesakan tapi tak pernah saling ada perasaan. Sungguh. Sekarang aku da takde da tempat mengadu macam tu. Aku tak nak orang semacam 'Nik' rasa aku hanya ambik kesempatan dan cari bila perlu. Aku rasa orang macam 'Nik' pasti lebih bahagia tanpa perlu dengar derita aku.
Dalam Youngster berkait dengan emosi aku bila aku ada mental breakdown. Aku tak sangka aku akan ada mental breakdown macam tu. Aku boleh nangis tak tahu sampai sesak rasa. Aku boleh rasa dada aku berat sampai kaki nak melangkah pun tak larat. Ada satu hari aku naik LRT aku pasang earphone entah macam mana senang betul air mata aku mengalir. Aku pejam mata harap takde orang nampak. Balik kerja keluar dari LRT masa turun tangga aku rasa macam nak rebah kat situ. Aku rasa nak jerit sekuat-kuatnya minta tolong.
Final Uber pula membuatkan aku rasa aku mahu rasakan ada seseorang yang sanggup susah senang dengan aku walaupun terpaksa pening kepala nak simpan duit. Sampai buat aku rasa kalau you nak kahwin dengan I. I tak kisah majlis kita kecil ke apa. Yang penting lepas ni I tak seorang lagi. Sampai Bahagia aku tak minta banyak aku minta nak bahagia juga. Aku mahu rasa bila pulang ada jasad untuk dipeluk, bila aku mahu berteriak ada bahu untuk aku tumpang, aku mahu adu semua. Aku mahu bina satu rasa yang dipanggil rumah dengan lelaki yang sayangkan aku dan aku sayangkan dia. Chapter-chapter selepas itu aku rasa aku tak mampu nak ulas satu-satu. Takut mental breakdown lagi sekali. Aku sekarang cuma rasa nak pinjam bahu untuk menangis sepuasnya. Kelakar bila aku rasa aku kuat tapi aku masih perlukan seseorang. Aku yakin aku kuat tapi masih aku perlukan tangan untuk memimpin aku. Masih aku perlu tubuh untuk dipeluk biar tambah lagi secebis kekuatan. Aku kata aku sayang diri aku. Aku mampu bahagia dengan diri namun aku masih lagi ada lubang yang perlu ditampal oleh kasih sayang orang lain.

Aku jumpa DN haritu kat Rantai Art Super Red Festival. Aku tak berani nak cakap buku dia bagi kesan kat aku. Aku tak sempat kenal dia zaman Tentang &blog tapi aku follow dia kat insta. Aku tak tahu kenapa tapi mungkin kalau aku jumpa dia lagi aku cuma nak minta satu 'Can I hug you?'
Comments