Akal yang sihat datang dari Badan yang sihat .

Assalamualaikum . Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Amin: Kak Mida kenapa suka ambil Amin ? Amin rimas la.
Kak Mida: Sukahati lah , sebab Amin comel ^_^

 Selasa lepas . Kan cuti kan ? Jadi Ayah bawa kami adik-beradik pergi Taman Tasik Titiwangsa untuk beriadah . Selalunya memang tak sempat la sebab mida pun selalu balik sekolah lambat , ada masa tu sabtu ahad pun sekolah . So , masa dan peluang yang ada . Apa lagi . Mari kita sihatkan @ kuruskan badan ^_^
 Er.... Mende lu minah ? LOL
 العقل السليم يأتي من الجسم السليم
Akal yang sihat datang dari Badan yang sihat .
Rasulullah SAW juga menggalakkan kita bersukan . Sunnah Rasulullah SAW tau bersukan ni  . Rasulullah SAW bersabda : Bersukanlah aku tak suka orang lain tengok keterbatasan dalam agamamu .
Yeashhh . Sukan yang paling digalakkan ada tiga .
Memanah , Berkuda dan Berenang . (dan sedihnya ketiga-tiga ni saya tak reti buat :( . Insha Allah satu hari nanti saya belajar . )
Memanah , zaman sekarang ni semua perlu duit nak beli equipment pun tak mampu . Dulu tak tahu ,konon tak minat. ada kat sekolah tapi nak masuk hoki padahal Ayah tak bagi sampai ,
Ayah :Tengok la kalau nak main . Aku ambil stick hoki tu pukul kat kepala kalau tak pecah main la .
Lepas tu taubat tak main dah . Redha Allah SWT bergantung pada redha Ibu Ayah kan .


Berkuda : Dulu aku rasa kuda tak la semahal unta . sekarang ni rasanya harga kuda macam lagi mahal je dari unta . Sebab nak hantar anak masuk kelab equestrian belajar main kuda pun kena ada beribu sebulan . 


Berenang : Sebenarnya kalau ada sungai kat belakang rumah boleh je terjun belajar . Maklumlah budak bandar . Carilah swimming pool itu kalau ada.
Tapi ketiga-tiga sukan ni sangat baik untuk kesihatan fizikal dan mental .
Soal keterbatasan . ...Jangan kita jadikan agama alasan untuk tidak bersukan ..
Siapa kata kalau tutup aurat tak boleh bersukan ??
Alasan tu dah tak munasabah dah sekarang ni .
Waktu solat berhentilah . Lepas tu sambung balik . Jangan pula jadikan kesibukan hidup kita sebagai alasan tak menunaikan solat .
"A busy life make prayer harder , But prayer make busy life easier"
Kalau kita bersukan kat taman , bila melihat alam , kita memuji Allah SWT . dapat pahala .
Kalau kita bersukan kerana sunnah Rasulullah , dapat pahala.
Berjoging sambil berzikir dapat pahala. Beriadah bersama keluarga eratkan silaturrahim dapat pahala.
Masya Allah senangnya nak dapat pahala wahoiiii .. moh le kite . 


Kalau saya kata Ayah saya polis pun orang percaya . heeee. 


Comments

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH