ORANG KETIGA DALAM HATINYA .
Happy Malaysian Days :D
Okay malam ni saya nak minta maaf kalau ada salah dan silap . sebab entri kali ini memerlukan tukul dan baldi sebagai persediaan awal . Sebab saya dah mula mengarut dan mula berdrama swasta yang mamapu membuatkan anda menyampah dengan saya .
#I do almost everything by myself . I go almost everywhere alone . And I always be so independent .
Sehingga saat ni saya telah dirasuk untuk tiba-tiba merasakan saya perlukan seseorang . .
>walaupun sekejap . .
>bersama-sama berjalan kaki dengan saya waktu tiada siapa yang nak ambil dan hantar saya .
>bersama-sama belajar dan berjaya bersama saya .
>text dan call saya bukan pada setiap masa .
>teman saya waktu saya kempunan nak makan SUNDAE CORNETTO dan aiskrim yg sewaktu dengannya.
>menyanyi duet dengan saya waktu berkaraoke bersama tidak kira di SUPERSTARRR atau di persembahan sekolah atau di kenduri kahwin :)
>yang mahu bergambar bersama saya dan print gambar itu dan simpan dalam dompet dia .
>yang berani bersalaman dengan ayah saya ,berbual dengannya dan melayan kerenah adik-adik saya.
>yang akan menemani saya ketika saya memerlukan .
>yang akan membantu saya memasak bersama-sama .
>yang akan sentiasa merindui senyuman saya .
>yang mencintai dan mengagumi kekurangan dan kelebihan saya.
>yang PENYABAR .
>yang tak kuat merajuk sebab saya tak pandai pujuk orang.
>yang tahan sindiran .
>yang tiada batasan untuk saya bercerita tentangnya di blog ini.
>yang selalu mengingatkan saya kepada Allah.
>yang tak kisah kalau saya comot .
>yang tidak mendorong saya ke arah zina hati.
>yang menghormati saya dan kaum sejenis .
>yang akan memperkenalkan saya kepada kawan-kawan dan keluarganya bahawa saya cinta hatinya.
dan ,
>yang menjadikan saya orang ketiga dalam hatinya selepas Allah , Rasul dan Ibunya :)
ada rasa nak muntah tak .? sudah ku katakan sediakan baldi awalawal .ouh tak saya bukan terdesak atau kemaruk yaa .jangan pernah lupa Jodoh itu RAHSIA ALLAH :)
Comments