AL-FATIHAH buat ZARITH NADHIRA (RARA ZIKRY)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 


Assalamualaikum peeps .Semoga hari Jumaat hari ni membawa seribu keberkatan dan rahmat untuk kita semua .Insya-Allah :)


Pertama sekali Mida nak ucapkan Takziah buat ahli keluarga dan teman rapat Rara Zikry (Zarith Nadhira Mohamad Zikri) atas pemergian Arwah semalam . 1 Disember jam 10 malam di Sunway Medical Centre kerana penyakit Hypoxic Ischaemic Encephalopath iaitu kecederaan otak disebabkan kurang oksigen kesan daripada sesak nafas . Arwah adalah Student Lim Kok Wing dlm bidang design dan berumur 23 tahun . 


Mungkin ramai yg tak kenal Arwah , tapi ramai juga yg kenal sebenarnya . Mida dapat tahu pasal Arwah ni lepas tonton program Nona Oktober lalu . Arwah merupakan anak tunggal. Beliau seorang yang lawa . Ceritanya kenapa dia jadi macam ni bermula macam ni . .credit kepada blog INI . Mungkin cerita yg bawah ni ditulis oleh salah sorang dari rakan Rara.



On 19th March 2010, Lanie, Rara and kawan-kawan yang lain plan nak spend time together. Ada yang pergi camping, ada yang pergi shopping, ada yang pergi clubbing, but they choose to go for breeze walking dekat area Mahkamah Shah Alam. Tengah enjoy cycling out of sudden masa tengah have fun, Rara terduduk and sesak nafas. Yes, diorang sedia maklum tahu yang Rara ada asthma, dan mungkin ni asthma attack yang normal. Rara minta hantar dia pergi hospital terus sambil tahan sesak nafas tu. Masa kelam kabut tu, Lanie suruh kawan dia ambil kereta while Lanie tanya Rara nak dia buat CPR tak memandangkan Lanie tahu how to do it. Tapi Rara cakap tak payah and terus ulang minta hantar dia kat hospital. Masa dalam kereta Lanie sempat cakap-cakap lagi dengan Rara but then, Rara diam and mulut dia dah berbuih-buih. Sampai je hospital, doktor cakap dia dah koma. Lanie cakap doktor tu rasa masa dalam kereta dah kena dah.

Masa Lanie pergi melawat Rara kat hospital, Rara masih koma. Masa Lanie nak balik, ada nurse nak tukarkan baju Rara. So Lanie nak geraklah balik rumah. Mungkin tak kena cara atau nurse bodoh bahlol bingai (bak kata Lanie) ni pergi tukar baju dengan kasarnya, Lanie nampak air mata Rara jatuh masa Lanie jalan balik. Lanie pon sedih tapi just jalan balik je lah. Bertambah kecewa, esoknya kau dapat tahu siku Rara retak! Rupanya! Dah kau nak syak siapa lagi kalau bukan si nurse yang buat kerja macam bebal tu? Siapa tak marah dan sedih?

Then, selepas 2 bulan koma .Arwah membuka mata tetapi badannya tidak dapat bergerak dan dia dah tak boleh bercakap. Dalam Nona mengisahkan cerita Ibu kepada Rara . Ibu Rara seorang yg sangat kuat . Rara dah boleh bergerak sikit masa dalam Nona . Dan kemudian IbuAyah Rara decide untuk buat page kat Facebook INI meminta apa-apa sumbangan untuk Arwah . banyak sumbangan yg Arwah dapat .
Tapi Allah lebih menyayangi Arwah . Pemergian dan cerita beliau sangat menyayat hati dan menyentuh hati Jutaan rakyat di Malaysia . Tak silap , Arwah akan dikebumikan sebelum solat Jumaat ni . 


Semoga Allah permudahkan urusan beliau . dan semoga rohnya dicucuri rahmat . 
Dan yg dekat Twitter cakap Arwah dah meninggal 4bulan lepas tak betul yee .Arwah baru meninggal semalam . Itu je yg mampu aku kongsikan(tak perlu la aku nak cerita semuanya). Arwah memang lawa .Tapi dalam sekelip mata segalanya berubah . Itu semua kehendak Allah . Kita tak mampu menolaknya . Cuma apa yg kita mampu berdoa untuknya dan belajar dari ceritanya tentang hebatNya kuasa Allah . Dan aku begitu kagum sekali dengan kekuatan Ibu Rara ni . Semoga Ibu nya bertambah kuat dan redha atas pemergian Rara .Kalau korang tengok sedutan Nona tu memang menyayat hati . Kasih Ibu membawa ke Syurga , Kasih Ayah  membawa Bahagia .


p/s:Arwah selamat dikebumikan 11 pagi tadi . Sehari sebelum Arwah meninggal Arwah kena demam panas . (Mak Lang Mida satu tempat kerja dgn Mama Arwah Rara Zikry .jadi info ni tepat)
Al-Fatihah.



Comments

Qil_Zawawi said…
al-fatihah.,sebak bace entry nih.,lawa arwah nie
Anonymous said…
Lawa atau x adalah kepunyaan Allah.. pandai2lah berjasa dgn pemberian.. moga roh rara ditmpatkn bersama org beriman..

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016