Posts

Showing posts from 2017

It's not much but I'm happy.

Image
Ada masanya yang kecil, murah dan sedikit itu lebih membahagiakan dari memiliki banyak, besar tetapi membebankan.  Tidur di atas lantai kaki lima, rumah kecil, menaiki kereta kecil dan motosikal. Makan ikan kering. Nampak murah dan susah tapi kadang-kadang perasaan mempunyai sikit itu lebih menyenangkan. Jadi, bersyukur dan berbahagialah dengan yang sedikit. Dan jangan kita menilai orang hanya kerana dia mempunyai sedikit. Tanya kembali pada diri kita, adakah yang mewah itu benar membahagiakan. Aku rasa kita tak perlu menjadi orang paling kaya di dunia untuk bahagia. Tak perlu memiliki iphone atau sebuah kereta mewah. Kerana semua itu tak menjanjikan bahagia diakhirnya.

Duit vs Bahagia

Image
Dilema sungguh sekarang ni. Sekarang ni, aku tengah dilema.  Duit vs Bahagia. Aku suka nak bekerja, nak teruskan belajar, to continue my personal growth. To build career. I mean I don't mind to work in any field as long as I get to learn something. Orang kata kena buat benda yang buat kita bahagia, soal gaji tu bukan perkara pertama. Tapi bila aku fikir, aku ada benda yang aku nak dalam hidup ini. As in benda material. 2 je. Satu rumah, dua kereta. I want to have this two on my own. Aku pun tak tahu kenapa aku duk kejar sangat dua benda ni. Kenapa aku perlu rasa kurang. Mungkin sebab dua perkara ni akan mudahkan hidup aku dalam banyak perkara. Aku tak tahu la ni sifat tak bersyukur ke ni sifat optimistik lagi bercita-cita tinggi. Aku bersyukur dengan yang aku ada. Sekurang-kurangnya aku ada rumah, tempat tinggal nak banding dengan gelandangan. Tapi aku ada impian nak ada rumah sendiri, my own place. Aku rasa aku da cukup dewasa untuk menyusahkan mak ayah aku. Mungkin s...

Bercakap Soal KAHWIN (buat mereka yang belum nak kahwin)

Image
When your peers start to get married. Anda tahu anda mula menjadi dewasa bila anda menerima kad jemputan dari kawan sebaya. Bukan satu kad untuk satu minggu tapi lebih dari satu kad dan jemputan hampir setiap minggu. How old am I? For me I never feel old enough. I feel younggggg. HA HA.  Okay masuk mood serious. Di waktu umur 23, dan melihat kawan-kawan mula mendirikan rumah tangga tatkala diri masih mencari-cari makna hidup ni agak rumit juga nak terangkan perasaan tu. Ada yang membuat keputusan untuk hidup berdua seawal umur 22 tahun. Habis belajar je kahwin, tak habis belajar lagi pun kahwin. Aku takdela nak rasa rumit sangat pun sebab aku bukan jenis aim nak kahwin awal pun dan kahwin tu bukanlah ultimate goal dalam hidup aku. Kahwin bukanlah kayu ukur bahawa aku da capai sesuatu atau aku da berjaya dalam hidup sebagai perempuan. Bagi aku perkahwinan adalah satu fasa kehidupan yang kita pilih. Fasa kehidupan baharu untuk bersama seseorang menempuh hidup ni...

Nilai Ilmu

Image
Recently ada viral post FB by someone name Hidayat Hasni Isa. I don't know who is he. But he wrote something about nilai ilmu.  Apa yang dia cakap ada kebenarannya di zaman sekarang ni. Memang terasa sangat nilai ilmu itu dicabar. Bila kau cuba nak cari kerja, terasa payah nak padankan dengan apa yang kau belajar. Kau kena kerja apa yang tak berkaitan dan belajar tentang hidup rather than apply your knowledge. I always think that I deserve something more than this. I want to do more to the society. Masa ni rindu sangat kerja-kerja masa dekat JKM.  Lepastu, soal duit pula. Memang terasa juga la. At the end of the day, kau akan sentiasa soalkan balik apa yang kau buat. Kalau cakap pasal duit, at one point rasa macam kalau hidup kau fokus pada kerja dan duit baik habis SPM terus kerja cari pengalaman. By time now kau da jadi manager ke supervisor da. Tayah la susah belajar at the end kerja yang keperluan SPM pun da cukup.  Aku buat freelance design, dapatlah ...

Convocation UKM-45

Image
I finally graduates after 3 years. With Degree in Psychology. Here video I made compile all my convocation moment. Too much to say but most of all I'm thankful. I'm blessed. Thank you for my parents, family, partner and close friends for being there for me celebrate my happy day with me. I love you guys. 

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

Image
Rezeki. Benda tipikal dan pertama yang akan terlintas di kepala bila bercakap soal rezeki adalah tentang duit dan makanan. Segala jenis bentuk material yang boleh dinilai. Tapi sebenarnya terlalu banyak bentuk rezeki yang kita tak perasan atau kita ambil remeh.  Kesihatan yang baik. Masa yang lapang. Keluarga. Kawan. Pasangan. Itu semua rezeki. Tanpa kesihatan yang baik kita takkan dapat melakukan banyak perkara. Maka dengan rezeki kesihatan kita boleh buat banyak perkara. Rezeki masa yang lapang. Dengan masa yang lapang kita mampu melakukan banyak pekara berfaedah, ibadah, atau luangkan masa dengan yang tersayang. Tanpa rezeki masa, tidak mampulah kita merasakan semua itu.  Walaupun kita mungkin tak mempunyai rezeki wang ringgit yang banyak, tapi kita tak sedar banyak lagi rezeki yang Allah SWT bagi kita. Mungkin kita merasa kekurangan jika nak dibandingkan orang yang lebih, tapi kita mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan orang yang kurang. Andai kita, ...

Life Lesson : Prepare & Hikmah

Image
May peace be upon you. Aku rasa post ni ada juga sangkut-pautnya dengan post yang lepas. Post on Life Lesson: Plan. Like I said previously I was obsessed with planning but then when I'm planning, I forget the fact that something I don't expect might happen. Like something I never see it coming. That is the moment I know I'm not prepared. Never well prepared.  Tak pernah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan datang ni payah juga. Terlalu memikirkankan kemungkinan pun menyakitkan. Akhirnya, kita hanya mampu bersedia dan berlapang dada dengan apa yang datang dan sekali lagi menyedarkan kita tentang kita ni manusia yang lemah yang takde kuasa pun.  Ia hanya semudah membeli sebuah telefon. Kalau aku nak membeli aku beli je, aku tak fikir pun ke depan ke depan. Well. We girls never good with gadget or cars. Admit that fact. I admit before now I was so noob about technology. Doesn't matter how much I'm good with social media, or blog or html code f...

Life Lesson : Plan

Image
Bercakap soal merancang. Aku adalah manusia yang obses merancang. Mungkin disebabkan faktor kedudukan dalam adik-beradik sebagai anak sulung banyak mempengaruhi. Semua benda dalam hidup aku, aku kena rancang. Apa aku nak buat, apa aku nak pakai, bila, semua lah. Kalau nak pergi sesuatu tempat, tempat mana nak pergi, nak cari apa, pukul berapa, naik apa. Honestly, I'm a good organizer. Aku boleh tolerate dengan last minute plan bila aku memang takde plan. But when I have one I will always stick to the plan. Aku rancang apa aku nak buat from the beginning. From time to time. I keep on planning my life. I was obsessed with what I want to do 10 years from now. How I want my life would be. Then I will always be accompany with worry. The worry and what if's.  So, recently something happened and hit me really hard on the face. Sebelum aku konvo, I keep worrying this and that. One point I stop worrying and just let things happen. Have faith. And Alhamdulillah things happened s...

One is more than enough.

Image
Pernah dengar pepatah Melayu yg berbunyi "Orang tamak selalu rugi?" Benar. One is always more than enough. Perasan tak kita selalu mula rasa nak lebih bila kita tak cukup dengan satu. Tak kisah la dalam bentuk apa sekalipun, ada kalanya melibatkan makanan, barang, pakaian, duit atau apa sahaja yg berkaitan. Kita cuba adakan bila tiada, kita berusaha, tapi bila da dapat kita mula merasa tidak cukup dan mahukan lebih. Tanpa kita sedar, di sinilah bermula titik tolak bahagia. Merasa cukup. Being grateful with what we have. Whenever we want more, that's the time we loss. Aku sebagai perempuan, kerap kali merasa mahu lebih apabila melibatkan makanan atau makeup atau pakaian. Sedangkan apa yang ada sudah lebih cukup. Andaikan teringin nak makan cookies subway. Beli satu RM2.00, tapi 3 RM5.00 kesudahannya akan beli 3 sedangkan 1 sudah memadai. Seperti juga tudung dan pakaian, yg akhirnya membawa kepada pembaziran masa, ruang dan wang. Belajar la merasa cukup denga...

Untuk kali ketiga

Image
Hai sayang. *if you are here* bukan lupa tapi lewat. Maaf. ^ω^ Ini ialah untuk kali ketiga. A blog post dedicated to you. It's all started in midnight 18th of October 2014. He started the first move. First move that make me smile from ear to ear. The first move that start all of this, unexpectedly make we fall for each other since then. And the rest is history. Too much to tell, but I will tell when the times come. Jadi, tahun ketiga bersama. Menempuh segala yang datang bersama. I would said we are more matured to get through things now than before. We grow together each day. Mentally, emotionally. Too many things happened between Oct 2016-Oct 2017. Things that make we learn and grow. It is more about our personal growth. I believe 2018 will be incredible and more adventure year ahead. Every moment with you are precious sayang. I love being with you. I love to stare at your face and smile. I never knew I would love someone so much like I love you. If you hurt, I wi...

Sabar itu indah

Image
May peace be upon you. Tonight, I would like to share how beautiful sabr is. To be honest, I'm very impatient person. If I want something, I want to have it right away. Always. If I do something I must be success. Even in my first try. I can't fail. If I'm fail I feel like a loser. I hate uncertainty. I always over think about how things will turn out. I want everything to be perfect. I will be upset and disappointed if something didn't turn well like I've planned. Because of that Allah SWT always tested me with my patient. If He want to give something or if I want something I have to be sabr. I have to fail. I have to cry. I have to work harder. I have to pray harder. Only then, when I'm being sabr and grateful enough Allah SWT will give me something good. I failed in my SPM, first application to university. I went for STPM. Alhamdulillah I got 4.00, be one of the best student in my school and negeri make my parent proud and get the chance to go to UKM major...

ANGGUR

Habis sekolah, ditanya tak sambung belajar ke. Lepastu tanya lagi belajar kat mana, kos apa. Habis pula belajar ditanya soal kerja. Lepastu tanya pula kerja mana, gaji berapa. Lepastu tanya pasal kahwin pula. Dah kahwin tanya anak pula.Apa lagi nak tanya nak tau tanya tanya. Ada masa kita kena lihat situasi dahulu sebelum bertanya. Emosi ni bila menganggur. Aku baru menganggur kira-kira sebulan beberapa hari. Konvo pun belum. Saja lah nak berehat di rumah.  Banyak juga komitmen nak dipenuhi. Bukan aku tak usaha langsung. Cuma I need my own sweet time. Bukannya tak apply langsung. Da pergi pun merasa interview. Cumanya belum rezeki lagi. Siapa je tak nak kerja. Nak bayar PTPTN, nak shopping, nak bercuti, nak kahwin. Banyak lagi plan ni. But aku percaya rezeki manusia Allah SWT tentukan pasti ada. Kalau aku tak dapat satu yang ni, mungkin bukan rezeki aku dan bukan yang terbaik. Kadang-kadang yang lambat tu yang terbaik. With usaha of course. Hard work dan doaaaaaa…

Sebuah Catatan: Tenat

Aku menaip dengan penuh emosi berkecamuk. Melawan kata-kata yang berada di minda aku sendiri. Yang berselirat antara ruang ed, ego dan superego. Tidak berhenti bersuara menggambarkan riuh yang tak mampu aku senyapkan. Di ruang kecil aku cuba bernafas dia antara riuh ini. Di antara mengalah, teruskan dan biarkan. Melawan dan berperang antaranya. Terasa semakin tenat jiwa ini melawan. Kalaulah dapat aku lukiskan keriuhan ini untuk dilihatkan agar kau faham dan dengar. Agar ada tangan yang dihulur membawa aku pergi jauh dari sini. Sudut ini terlalu sempit untuk aku bernafas. Aku masih belum lemas. Tapi aku tenat. Aku harap segera datangkan bantuan kerana aku sudah penat untuk melawan. 

JANGAN JATUH

Image
Kenapa kita selalu nak toleh orang yang sanggup jahanamkan kita Yang kita hancur macam mak abah kita tak pernah tatang kita Kita selalu lupa Kita ada harga Sekali lagi kau bilang mahu pergi Sekali lagi kau biarkan aku mati Sekali lagi kau biarkan aku tanpa perasaan Apa kau fikir aku ni haiwan? Tak pernahkah kau tahu betapa aku rindu? Takkah kau peduli apa yang aku mahu? Sampai hati kau pergi  Sampai hati kau biar aku mati Perasaan yang terlalu menakutkan Perasaan yang terlalu menyeramkan  Aku ditinggal di tepi jalan  Aku ditinggal tanpa rakan dan taulan Celakanya perasaan ini Ku fikirkan aku takkan peduli kau pergi  Kau memang lelaki yang harus mati  Sampai hati kau biarkan aku begini bersendiri Ini bukan yang biasa Ini cinta yang ada lainnya  Tapi kau tidak pernah merasa apa yang ku rasa  Kau panggil aku gila Bila kau bilang kau hendak pergi Kau tahu kau sedang mahu ku mati Berapa kali ka...

Sunshine or Rain

Sometimes I wonder when was the last time someone ever fall in love for my smile.  For me. For the time I'm being a cheerful girl. For the time I'm happy and beautiful. But above all.  I wonder when was the last time someone ever love me when I'm sad. When I'm vulnerable. It's easy to love someone when they are shine and beautiful. Like you love the moon when they're full. Like when you love sun when sunrise, sunshine or sunset. But do you love just a plain moon at 6 am in the morning? Do you love cloudy, rainy day just like you love day with sunshine? To fall in love with someone with all the good and the bad, the insecurities and vulnerabilities, it can get hard sometimes but that is love. Relationship is more than just love and feelings. Falling in love it's not once, you can fall for someone more than once. You can fall and fall again even when it's sunshine or on rainy day. That is love. 

Cantik? Manis? Comel?

Seorang lelaki pernah cakap "kau tak cantik, tapi kau comel" some average guy  happened to be just a friend. A 17 year old kid ever said " akak manis, manis yg cantik" just a plain and honest comment without feelings. A 2 year old kid once said "akak cantik" and a few days ago, a group of girl said that "ramai orang minat akak sekarang ni sebab akak cantik". I'm still wonder now am I pretty?  Am I beautiful?  Or am I comel?  Or just a plain potato? I don't know which is good. How you ever define cantik?  Manis?  Atau comel?  Subjektif. Above all. Mungkin apa yg dinilai hanya pada rupa atau tingkah laku yang ada pada kita. Bergantung pada persepsi penilai. Physically penting ke? How personality? What do you think about yourself? Do you have a beautiful personality? Do you feel good about yourself? Everyone is unique and the most important thing is. What do you feel? 

Curang adalah sebuah pilihan.

Curang adalah sebuah pilihan. Tiada keadaan yg memaksa untuk kau curang. Kau sentiasa boleh memilih sama ada untuk terus setia atau berpaling tadah. Ada satu masa dalam perhubungan kau akan diuji. Jika kau kuat maka kau takkan terpedaya, jika tidak kau tewas.  Kau perlu ingat menduakan memang mudah. Tapi nanti nanti, kau percayalah akan dibalas jua. Hari ini kau mungkin curang dan tak pernah diketahui si dia. Esok lusa. Mungkin cinta kau takkan dibalas. Mungkin kau pula akan dicurangi. Ujian itu akan datang pada kau kembali.  Sesiapa saja boleh curang. Tapi yang menghargai akan terus setia. Kadang-kadang takkan sebab satu kesalahan kecil kita nak curang. Pilih la salah satu. Serba salah, kesian semua tu tipu je. True that. If you really love the first one, you will never fall for others. Lek lek la. Kalau rasa tak leh go. Jangan curang, terus-terang.  Kerana pernah mencurangi kau akan belajar menghargai dan maknanya kehilangan orang yg betul sayang kan kau. K...

After 7 years.

Hi pal. Guess I take a break from writing for sometimes. Sibuk menulis thesis, exam dan yadaa yadaa. Nak disimpulkan, I don’t even know when I will post this. Maybe 11 June. So, kalau 11 June. Lagi 3 hari aku akan habis exam, mean last paper for my degree. Like yes, already 3 years. Finally, another phase will pass. Bercakap pasal thesis pula, I’ve send my first draft menunggu dipulangkan semula daripada my superviso untuk sebarang pembetulan. Selesai exam, thesis so what’s left is internship last sekali road to graduation. And along that I’ve been taking sometimes for myself to think, sit back and yes just let my mind of things a bit. The thing is, I don’t know I suddenly have this courage to change my blog url. It’s been 7 year since xkenalmakexchenta. To think about it how can you even spell or pronounce it. Kan kan…itu yang aku tukar ke iniblogmida. Easier kan. Sebab I’m planning to write something more formal here. Well. We’ll see. That will do for now. So it might take few days ...

Impian-impian yang tertangguh

Impian atau mimpi atau cita-cita. Apa sahaja sinonim bagi sesuatu yang kau nak capai atau buat dalam hidup. Aku tak tahu kenapa tiba-tiba kepala aku ligat berfikir dan terfikir mengenai betapa banyaknya impian-impian aku yang tertangguh atau tak pernah tercapai atau sahaja mustahil untuk dicapai. Oleh kerana kemungkinan dan ada kemustahilan untuk mencapai sesetengah impian tapi aku tidak mahu terlalu negatif jadi aku gunakan perkataan tertangguh kerana aku tak tahu mungkin ada impian yang hanya tertangguh menunggu masa untuk menjadi kenyataan. Sebabkan aku hidup nak hampir 23 tahun banyak je benda aku nak capai tak tercapai, tertangguh atau da pun tercapai. Aku start dari seremeh-remeh impian yang aku ingat dari aku mampu mengingat. Seawal aku umur 6 tahun, aku diceritakan tentang kisah arwah Opah aku yang ketika itu masih hidup oleh Ayah aku mengenai cita-cita Opah untuk menjadi seorang guru yang tidak pernah tercapai. Orang dulu kan, susah nak sambung belajar. Jadi, harapan ...

Tentang #Adiwiraku & Guru

Image
Dah lama tak tulis tentang pandangan dan fikiran peribadi ni. Aku cakap kat diri aku kalau kau nak rant panjang-panjang, tulis proper, post dekat blog bukan buat thread kat twitter. Semak je. So, walaupun bersiri-siri penanguhan, aku berjaya juga luangkan masa yang ada ni untuk meluahkan inner thought aku. Pernah dengar tentang filem Adiwiraku? Ini trailer cerita Adiwiraku.  Filem adaptasi dari sebuah kisah benar. Mungkin post ini berbentuk ulasan tapi lebih kepada apa yang aku dapat dan nak kongsikan dari filem ini. Tak ramai yang menonton cerita ini dipanggung wayang gambar, aku pun nasib baik juga dapat tengok. Kalau showtime tu takde orang booking so tak dapatlah tengok. I'm dying to watch this movie.  Filem ni sangat pure. Pelakonnya adalah pelajar sebenar dari SMK Pinang Tunggal. Ada lawak, ada sedih, Berair mata aku, tapi masih berlagak tuff dengan pakwe kat sebelah.  Masa aku tengok movie ni banyak mengingatkan aku tentang pengalaman aku sebag...

March Challenge : #6 to #30

I don't know what I really do the whole March. I lost and confused now. Too much things that happened. I skipped the challenge and the consequences is I lost. Yes I am. To the part I become me before I did February challenge : sad and vulnerable. Is not fun at all. Now I'm trying. Trying hard so April would be better. I just need to start again. But I will finish the challenge in one post. Easier. So here we go. Day 06 until 30 of March Challenge : Get To Know Me Day 06 Your day Apparently, today is my pra QTI. It was good, until y turn to take the test. Kat bukit da sangkut, tapi pegawai QTI tak nampak, so, I just go on. Nak tunggu masuk selekoh Z punyalah lama. Clucth Axia panjang, selalu pakai kancil. So test la. Sampai selekoh Z je nak belok kanan tu, sama ada pusing cepat sangat atau lemah kawal clutch, naik atas tebing. And the rest is history. Kecewa berhari-hari. Seorang Asmi Asmidar meletakkan expectation yang terlalu tinggi pada diri sendiri dan definisi ga...

2017: March Challenge #5

Day 05 of March Challenge : Get To Know Me 05 Your definition of love My definition of love is....love is when you feel happy with someone. Love is when you can accept someone unconditionally. Cinta tak sempurna tapi menyempurnakan. Love is commitment. Love is when you decide to stay and go through high and hell water with someone. Love is patient and toleration. Love is when you put someone happiness first before yours. Love is when you are trying and you never gave up. Love is pure. 

2017 : March Challenge #4

Day 04 of March Challenge : Get To Know Me 04 What  you ate today (I write this on 5. Let me remember what I ate) I eat keropok lekor in the morning. Then,my mom cooked ayam halia and kentang and masaklemak perut. Haaaa.malam pun sama. So, makan itu jela. Senangnya tulis.

2017 : March Challenge #3

Day 3 of March Challenge : Get To Know Me 03 Your parents Emm. My parents. They are lovely. The work really hard to bring us up. They go through hell and high water together. They deserve nothing but the best. I always indpired by their love story, how my dad stays with my mom and how my mom stays with my dad years after years despite all of struggle. They never turned back from each other. They trying really hard to give nothing but the best for us. Hanya syurga yang paling tinggi aku harapkan buat mereka.

Ijazah selepas Diploma?

Sebelum tu boleh juga refer dua post ni.  UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH   dan  Tips & Thought  :  Dilema pilih U & Kos  //  Lepasan SPM & STPM Perjalanan mendapatkan Ijazah selepas bersusah-payah untuk mendapatkan Diploma bukanlah sesuatu yang remeh. Banyak perlu diambil kira, segala komitmen, keperluan. Namun masih ada peluang dan jika ada kemahuan anda boleh lakukan. It just simple as saya dengar ada orang kata tak kisahlah umur awak 20 ke 35 ke be it 60 kalau awak rasa nak belajar, go for it. Just go for what you want. Ini adalah beberapa perkara yang ada perlu lalui untuk memohon menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah selepas Diploma. 1.        Mendapatkan tempat di IPTA perkara pertama sekali ialah UPU. Beli nombor pin. Isi borang dalam talian. Itu adalah perkara yang biasa anda akan lalui. Link laman web UPU  http://upu.mohe.gov.my/web/ 2. ...