JODOH ITU RAHSIA ALLAH (Part5:JIKA kau , KETIKA kau)
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
"Ketenangan dan kebahagiaan itu umpama hembusan dari langit,
diturunkan ke lubuk hati orang-orang yang beriman. Mereka akan tetap berhati teguh tatkala orang lain mengalami kegoncangan Tetap yakin tatkala orang lain penuh keraguan, Tetap sabar tatkala orang lain keluh-resah, Dan tetapt berlapang dada tatkala orang lain runsing."
Cinta itu bukan pilihan. . . cinta itu ikhlas dari hati.Jika tepat pada masa, ketika, keadaan dan siapa, cinta itu adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya.
"Jika kau berasa lelah dan tidak berdaya daripada usaha yang sepertinya sia-sia
Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih
Allah sudah menghitung air matamu.
Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu
Dan waktu terasa belalu begitu saja
Allah sedang menunggu bersama denganmu.
Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi
Allah punya jawapannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau berasa tertekan
Allah dapat menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan
Allah sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau berasa ingin mengucap syukur
Allah telah memberimu rahmat.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban
Allah telah tersenyum padamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi
Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.
Ingatlah bahawa di mana pun kau atau ke mana pun kau menghadap,
ALLAH SWT Maha Tahu dan Maha Mendengar"
#Aku memohon agar hatiku sentiasa dilindungi dari segala zina hati dan perkara yang memboleh membuatkan iman ku berkurang.
#Hari ini , saat ini aku menetapkan AZAM ku untuk BERDAKWAH . . untuk menjadi seorang PENDAKWAH yang BERJAYA .Semoga Allah meredhai jalanku ini .
*untuk Aqilah dan Atikah :) dari seorang KAKAK :)
Comments