JODOH ITU RAHSIA ALLAH (Part6:KEMATIAN)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .
Menurut Rasullulah SAW, rasa sakitnya sakaratul maut itu berbeza-beza pada setiap orang
"Sakitnya sakaratul maut seperti sekujur tubuh kita dililit oleh kawat berduri yang menancap di otot badan.Ketika nyawa dicabut, ditariklah kawat-kawat berduri itu sekaligus sehingga terlepas semuanya."
Apabila orang mukmin itu meninggal, turun malaikat dari langit dengan wajah yang bercahaya seperti matahari membawa kain kafan dari syurga serta kelengkapan-kelengkapan mayat. Kemudian turunlah Malaikat Maut duduk dihujung kepala hamba Allah itu dan berkata:"Wahai jiwa yang tenang dan baik keluarlah kamu untuk mendapat keampunan Allah sesungguhnya Allah redha padamu."
Maka roh itu keluar seperti air yang menitis dengan perlahan-lahan dan lembut. Seluruh anggota roh itu keluar, harum semerbak baunya. Lalu dikafankan oleh malaikat-malaikat dan mereka mengiringi roh itu naik ke langit.
"Siapakah roh yang baik ini?"
Ini roh si polan bin si polan dan namanya itu disebut-sebut sampai ke langit yang ke tujuh hinggalah ke hadrat Allah SWT. Kemudian Allah berfirman ,"Maka tuliskanlah kitabnya dalam syurga. Catatkan namanya antara orang-orang penghuni syurga."
Selepas itu diturunkan semula dan dikembalikan roh itu ke dalam tubuhnya, iaitu dalam jasad yang berada di kubur. Tidak lama kemudian , datanglah Munkar dan Nakir. Mereka akan meminta si mati menulis semua kebajikannya. Jika si mati itu jahat, maka disuruh tulis semua kejahatannya. Si mati menulis dengan dakwat air liur di atas kain kafan. Semua amal itu kemudian digantung dilehernya hingga dibuka pada hari kiamat.
Selepas itu, Munkar dan Nakir mula menyoal mayat di dalam kubur. Tentang siapa Tuhannya, apa agamanya , siapa utusannya, apa yang dibawa oleh Rasullulah SAW, apa kitab yang dibaca. Andai kesemua soalan dijawab dengan betul,maka si mati dihamparkan dengan pakaian dari syurga dan dibukalah pintunya ke syurga. Kuburnya menjadi salah satu dari taman-taman syurga.
"Ada pun orang-orang yang menjadi putih berseri mukanya, maaka mereka berada dalam rahmat Allah(syurga), mereka kekal di dalamnya."(Ali-Imran:107)
"Tiap-tiap jiwa akan merasai mati,dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesunggunya ia telah beruntung. Kehidupan di dunia itu hanyalah kesenangan yang memperdayakan."(Ali Imran:185)
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasai mati.Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan. ."(Al-Ankabut:57)
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasai mati.Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan. ."(Al-Ankabut:57)
"Orang yang mati sebelum menulis wasiatnya, kelak di akhirat dia akan menjadi bisu."
Comments
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/jangan-marah.html