JODOH ITU RAHSIA ALLAH(Part3:DOA)

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang . . .ku mulakan coretan ini. .

Ya Tuhanku . . . 
Aku tidak meminta seorang yang sempurna , 
Namun aku meminta seorang yang tidak sempurna ,
Sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mata-Mu.
Seorang ikhwah yang memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya,
Seorang ikhwah yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya.
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.

"Jika aku menyembah-Mu kerana takut pada api neraka-Mu. . .
maka bakarlah aku di dalamnya.
Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak pada syurga-Mu,
maka haramkan aku daripadanya.
Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu. . 
maka berikanlah aku balasan yang besar.
Berilah aku melihat wajah-Mu yang maha besar dan maha mulia itu"
(Rabiatul Adawiyah)

"Bukankah cinta itu indah! Cinta adalah sebahagian daripada nafas kehidupan.
Tetapi apalah ertinya cinta pada insan jika cinta kepada Khaliqnya belum tercapai"

"Ya Tuhan kami .ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami, dan tetapkanlah pendirian kami.. ."(Ali Imran:147)

"Jika Allah sayang kepada seseorang , Dia akan berikan iman.
Jika Allah sayang lagi , Dia akan berikan kekuatan untuk mengamalkan agama-Nya dengan sempurna.
Dan jika Allah sayang lagi , Dia akan susahkan hamba-Nya dengan urusan dunianya , untuk menguji sejauh mana pula cinta hamba itu kepada-Nya."

"Ya Allah , tidak ada yang mencegah jika Engkau memberi, dan tidak ada yang memberi jika Engkau mencegah , tidak ada yang dapat menolak apa yang telah Engkau takdirkan dan tidak bermanfaat orang yang mempunyai kemuliaan daripada Engkau oleh kemuliaanya."

"Syurga itu untuk orang yang lemah-lembut dan berkasih sayang.Manakala neraka itu pula tempat untuk orang yang keras dan suka  memutuskan silaturrahim"

"Ya Allah , kurniakanlah daku cinta-Mu, cinta orang yang mencintai-Mu, serta amalan-amalan yang membawa aku kepada cinta-Mu"

"Seandainya dirmu tidak memiliki sesuatu yang kamu cintai, maka cintailah sesuatu yang kamu miliki"

"Tawakal adalah kau yakin bahawa segala apa yang ditentukan oleh Allah kepadamu akan kau perolehi juga walaupun semua makhluk berusaha untuk menghalangnya daripadamu. Dan kau juga yakin bahawa segala apa yang tidak ditentukan kepadamu tidak akan kau perolehi walaupun semua isi alam menolongmu untuk mendapatkannya."

#Berdoalah kerana DOA itu senjata orang mukmin 
***Bersambung . .  .

*credited to:NOVEL 'STANZA CINTA-Nurull Halawati.

Comments

Popular posts from this blog

Jumpa orang baik-baik pun rezeki.

UPU : TIPS & TRICKS, GUIDELINE; STPM/SPM/ASASI/MATRIKS/DIPLOMA - IJAZAH

Persediaan Ke Universiti (UKM, Kolej Keris Mas) Sesi 2015/2016